Pengikut

Jom Tengok Jam

Those yang rajin singgah tuh, namia ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak. alang2 dah singgah tu, jangan lupa tinggalkan komen or jejak yer. N namia tak lama lagi akan masuk belajar balik, so maaf lah ya kalau update blog lambat. =D

Jumaat, 18 Februari 2011

Daging Masak Merah

Daging Masak Merah nih sedap kalau dimakan bersama-sama nasi putih or nasi minyak or nasi beryani or nasi lemak and macam-macam nasi lagi lah.. Daging Masak Merah nih juga la yang dihidang bersama-sama Nasi Telur tuh.. tapi resepi nih my sis yang buat.. namia cilok je.. ahahha malas nak buat deh x) ahahah.. resepinya pun simple je.. boleh wat sendiri kalau-kalau tiba-tiba teringin nak makan.. ahaha.. go go fighting!!!






Bahan-bahannya :

½ kg daging
3 sudu besar cili kisar (kalau pedas kurangkan)
3 sudu besar bawang besar kisar
½ sudu besar asam jawa (larutkan dalam setengah mangkuk kecil air)
1 sudu besar gula Melaka
Kicap manis/masin
Perasa (garam gula)
Minyak

Cara Penyediaannya :
  1. Potong daging nipis-nipis
  2. Letak daging dan semua bahan dalam kuali kecuali minyak,kicap & perasa.
  3. Letak kuali atas dapur api sederhana kecil. Jangan api besar keras la daging tu.
  4. Tutup kuali dan biarkan sehingga kuah agak kering.
  5. Sambil-sambil tunggu kacau juga ye.
  6. Dah agak kering masukkan minyak dan perasakan ikut selera. Tambah 1 sudu kicap.
  7. Tunggu dalam 5 minit kemudian tutup api. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Kalau nak kuah lebih sikit, boleh la letakkan air sikit. Kalau nak pekat, tak payah la bubuh air. =D

Nasi Telur Hentam

hari tuh ada la janji nak buat nasi telur before my sis balik ke Australia balik.. so wat la Nasi Telur nih yang memang tak tau caranya.. hehe.. nih pun tanye parents jugak macam mana nak buat.. ahahah.. rupa-rupanya senang jugak nak buatnya.. boleh la try ye.. go go fighting!!!



Bahan-bahannya :
2 cawan nasi
2 ketul hati lembu - dipotong halus
4 biji telur ayam
minyak - secukupnya
garam - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Masak nasi dan ketepikan.
  2. Gaulkan hati lembu dengan sedikit garam dan gorengkannya sehingga garing dalam minyak yang panas.
  3. Kemudian, gorengkan telur. (Letakkan telur di atas menapis santan dan biarkan telur jatuh melaluinya ke dalam minyak.)
  4. Akhir sekali, gaulkan nasi, hati lembu dan telur sehingga sebati dan sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Nasi Telur nih sedap kalau dinikmati bersama-sama dengan lauk yang tidak berlemak sangat seperti daging masak merah n acar. Bukan tu sahaja, Nasi Telur nih juga enak dinikmati begitu sahaja. Rasanya lebih kurang sama dengan nasi goreng. =D

Selasa, 15 Februari 2011

Kentang Goreng Berlada

hah.. yang resepi nih my sis yang buat.. hehe.. menda nih senang je.. makan gitu pun sedap jugak tau.. tapi kalau makan dengan nasi panas lagi-lagi lah sedap.. ahahha.. boleh-boleh la cuba wat yer. go go fighting!!!



Bahan-bahannya :
4 biji kentang - dipotong nipis
3 sudu besar cili boh
3 sudu besar bawang lumat
2 sudu besar gula melaka
2 sudu besar asam jawa
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya :

  1. Gaulkan kentang yang sudah dipotong dengan sedikit garam. Kemudian, gorengkannya dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang lumat dan cili boh bersama-sama asam jawa dan gula melaka sehingga menjadi kering. Letakkan garam dan gula secukupnya. Biarkan sejuk.
  3. Apabila sosnya sudah sejuk, gaulkannya bersama-sama dengan kentang yang sudah digoreng. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!

Sebagai Pengetahuan :
Boleh jugak kalau nak letak ikan bilis or tempe and kacang dalam kentang nih.. tapi namia tak suka.. so tak letak la.. hehe.. cara dye sama jer.. all da best!!

Sayur Kacang Panjang Masak Kunyit

salam... sayur nih namia selalu makan kat kedai.. rasanya best.. so hari nih namia n akak try try la buat sayur nih.. senang je rupanya.. ahahha.. boleh la cuba yer... go go fighting!!!



Bahan-bahannya :
1 ikat sayur kacang panjang - dipotong serong
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 batang lobak merah - dipotong panjang
3 biji fishball besar - dipotong panjang
serbuk kunyit - dibancuh dengan sedikit air
sos tiram - secukupnya
minyak - secukupnya
garam dan gula - secukupnya

Cara Penyediaanya :
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih. Kemudian, masukkan serbuk kunyit yang sudah di bancuh dengan sedikit air.
  2. Masukkan sayur kacang panjang dan lobak merah dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan sedikit sos tiram dan gaul rata. Akhirnya, masukkan sedikit garam dan gula dan sedia untuk diangkat. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Kalaulah tak ada fishball or tak makan fishball, boleh ganti dengan isi ayam yer. Potong kecil-kecil. =D

Gulai Kari Ayam

menu tengah hari tuk hari nih pun masuk sekali lah Gulai Kari Ayam.. memang best ah makan dengan sayur kacang panjang tuh.. tambah-tambah pula dengan kentang goreng berlada.. memang syok abis ah.. ahahaha.. tapi time mula-mula aku masak agak tak jadi ah.. sebab lupa nak letak cili boh.. ahahah.. nasib baik ada akak aku come to rescue.. =D tapi kat pos nih nak story sal Gulai Kari Ayam.. yang kentang goreng berlada n sayur kacang panjang next entry eh.. go go fighting!!!



Bahan-bahannya :
1 ekor ayam - dibersihkan
2 biji kentang - dikerat empat
1 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
5 ulas bawang putih - diketuk
2 paket santan segar
2 sudu besar rempah kari ayam - dibancuh dengan sedikit air
3 sudu besar bawang lumat
3 sudu besar cili boh
gula melaka - secukupnya
minyak - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
air - secukupnya

Cara Penyediaan :
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis sehingga naik aromanya. Kemudian, masukkan cili boh, bawang lumatdan sedikit gula melaka dan tumiskannya sehingga garing. Apabila cili boh sudah garing, masukkan pula rempah kari ayam yang sudah dibancuh dengan air kedalam dan kacau sehingga garing.
  2. Kemudian, masukkan ayam serta kentang dan gaul. Biarkan seketika. Kemudian, masukkan santan dan sedikit air. Kacau sehingga sebati. 
  3. Biarkan di atas api dan sehingga menjadi sedikit pekat dan sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!

Isnin, 14 Februari 2011

Kuih Koci

ada la sepupu ak nih duk kata yang kuih koci nih kuih orang tua.. betul ker?? ahahaha.. maybe sebab kuih nih lembik kot and tak payah guna gigi kalo nak makan.. tuh sebab la dapat nama kuih orang tua.. hehe.. maybe je la kot keh.. tuh andaian aku jek.. ahahah.. hah, kalo nak try wat kuih nih... kuih tradisional nih.. boleh la try keh.. go go fighting!!!





Bahan-bahannya:
2 cawan tepung pulut
1 cawan santan
Secubit garam
Daun pisang dilayurkan atas api (potong 12x7cm)
Minyak
1 cawan gula perang
1 sudu besar gula Melaka
2 helai daun pandan
2 cawan kelapa parut kering (pek segera je.huhu)
½ cawan air

Cara Penyediaanya:
(a) INTI
  1. Larutkan gula perang dan gula Melaka bersama air dan daun pandan.
  2. Setelah menggelegak masukkan kelapa kering dan biarkan sehingga pekat dan kering.
(b) KUIH

  1. Campurkan tepung pulut, santan dan garam. Gaul rata sehingga tak melekit ke tangan.
  2. Bentukkan bulat dan kemudian leperkan untuk di isi inti. Kemudian gentelkan dan bungkus ke dalam daun pisang yang disapu minyak.
  3. Kukus piramid-piramid kuih koci kedalam pengukus selama 15 minit. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan:
kalau lah tak reti or malas nak buat style piramid, boleh try balut guna style bantal.. senang sikit.. style bantal tuh macam yang dijual kat kedai tuh.. yang tuh style bantal lah tu.. cute gitu.. ahahha

Khamis, 3 Februari 2011

Kek Butter Chips Chocolate

da lama da tak buat kek.. rindu rasanya.. ahahaha.. so hari tu time pergi Giant ngan ayah, beli la terus bahan-bahan nak buat kek nih.. mula-mula ingat nak buat kek coklat.. tapi coklat masakan tak ada la pulak.. so tukar plan buat kek mentega chip coklat.. rasanya pun not bad.. senang je.. boleh la try.. go go fighting!!!



Bahan-bahannya:
250 gm mentega
220 gm tepung kek
1/2 sudu serbuk penaik
1 sudu esen vanila
5 biji telur
140 gm gula
chip coklat - secukupnya

Cara Penyediaannya:

  1. Pukul mentega bersama-sama esen vanila dan gula sehingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan. Pukul lagi sehingga kembang.
  3. Seterusnya, masukkan tepung dan serbuk penaik dan kacau sehingga sebati. Letakkan sebanyak mungkin chip coklat yang dikehendaki kedalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan kedalam bekas kek yang hendak dibakar dan bakarkan adunan itu selma 50 minit pada suhu 180 degree Celsius. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan:
Kalau la tak ada chip coklat kat rumah, tak payah letak pun tak pe.. boleh jadi kek butter je.. tak pun, letak la mix fruit yang da kering tu.. jadi la kek buah-buahan.. senangkan? =D

Simple Spaghetti

kat post Sotong Masak Merah tadi ada story yang malam nih makan spaghetti.. buat spaghetti nih dalam masa yang singkat kot.. tak sampai setengah jam rasanya.. nih la akibatnya lauk tak cukup and semua orang lapar.. ahahaha.. menda nih simple je kalo nak try.. boleh la yer cuba buat kat rumah.. go go fighting!!!



Bahan-bahannya:
spaghetti
sos tomato prego - tin punya sebab halal
sosej - dipotong nipis

Cara Penyediaanya:
  1. Rebuskan spaghetti selama 6 minit dan toskannya. Ketepikan.
  2. Masukkan sos tomato prego bersama-sama sosej dan biar mendidih. 
  3. Apabila sudah mendidih, tuangkan sos tomato keatas spaghetti dan sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan:
Kalo tak suka sos tomato, boleh tukar dengan sos yang dikehendaki. pastu, kalo nak lebih nutrition, boleh la letak mixed vegetable dalam sosnya.. tu pun kalo malas nak potong lobak merah la.. ahahahha.. tapi namia tak letak sebab my sis mostly tak suka makan mixed vegetable.. kalo letak membazir je.. n boleh jugak letak isi ayam or isi daging.. tapi namia tak letak sebab daging and ayam beku.. nak unfrozen kan lambat.. so tak letak la.. hehe =D

Sotong Masak Merah

hah korang.. hari nih menu tengah hari masak merah. Sotong Masak Merah.. memang favourite satu family la.. resepinya simple je.. lebih kurang dengan ayam masak merah.. ingatkan menu nih boleh la tahan sampai malam sekali.. tapi tengok-tengok tengah hari tu da habis da.. so malamnya masak spaghetti yang cepat, pantas dan efisyen.. ahahahha.. korang nak try wat recepi nih, boleh la..  go go fighting!!!



Bahan-bahannya:
6 ekor sotong - dipotong bulat
4 sudu besar bawang lumat
4 sudu besar cili boh
sedikit gula melaka
1/2 sudu sedang asam jawa - campurkan dengan sedikit air
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan sotong. Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak, garam dan gula. Panaskan diatas dapur dan biarkan ianya mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan sedikit minyak dan kacau. Biakan kuahnya sedikit kering sebelum dihidang bersama nasi putih. Selamat Mencuba!!!

Selasa, 1 Februari 2011

Ayam Masak Kicap Pelbagai Rasa

mula-mula ak ingat nak wat merah jek.. tapi bila tengok peti ais, bawang lumat dah habis da.. so tukar la plan nak buat merah tu.. jadi la kicap.. nih saja cuba-cuba wat kicap.. sebab sebelum nih tak pernah lagi.. time masak tu, rasa masin sikit.. tapi bila makan ngan nasi, okeh pulak rasanya.. ahahahha.. resepinya senang je.. boleh la cuba yak.. go go fighting!!!


Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - dibersihkan
1 biji bawang besar - dimayang
2 cm halia - dipotong nipis
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
kicap masin - secukupnya
kicap manis - secukupnya
air - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya:

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam sebelum digoreng. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang besar dan halia sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili boh dan tumis sehingga garing. Masukkan sedikit air sekiranya kuah terlalu pekat.
  3. Kemudian, masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap masin serta kicap manis secukupnya sehingga mendidih. Jika menginginkan kuah lebih, masukkan kicap masin dan kicap manis lebih banyak.
  4. selepas itu, masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan biarkan mendidih sebelum diangkat. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan:
Kalau kicap masin or kicap manis tak ada kat rumah, boleh gantikannya dengan kicap pekat. tapi kuantiti kicap pekat kurang sedikit dengan kicap masin or kicap manis dan lebihkan air agar kuahnya tidak telalu pekat. =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...