Pengikut

Jom Tengok Jam

Those yang rajin singgah tuh, namia ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak. alang2 dah singgah tu, jangan lupa tinggalkan komen or jejak yer. N namia tak lama lagi akan masuk belajar balik, so maaf lah ya kalau update blog lambat. =D

Rabu, 13 April 2011

Lala Masak Pedas

Sabtu lepas ada la tanya ayah sama ada ayah nak gi ke tak pasar tani keesokkan harinya. Ayah kata ayah nak pergi. So, namia minta tolong lah my dad tuh belikan ikan siakap, lala and sayur kailan. A BIG THANKS lah to my dad sebab sudi pergi beli suma menda nih. Namia nih memang anak yang banyak songgeh! =D Saja-saja lah nak try buat masakan kat kedai. Before nih, da pernah da masak ikan siakap tuh. Siapa2 yang nak try buat, boleh la klik sini yer. Siapa nak cuba masak kailan ikan masin, boleh klik kat sini pula. Yang nak try buat lala masak pedas, boleh ikuti resepi nih. Go Go Fighting!!!


Bahan-bahannya :
500 g lala
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 ulas bawang besar - dimayang
2 cm halia - dihiris nipis
5 tangkai cili padi - dihiris
1 sudu teh asam jawa
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 biji tomato - dipotong empat
air - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Rendamkan lala didalam air untuk dibuang pasir dan lumut. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi sehingga naik bau. Kemudian, masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan sedikit air. Kacau sehingga mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan tomato buah, garam dan gula dan kacau sebati. 
  4. Toskan lala dan basuh bersih. Kemudian, masukkan lala kedalam periuk dan tutupkannya selama 10-15 minit.
  5. Selepas itu, gaul rata dan sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!

Isnin, 11 April 2011

Kailan Ikan Masin

Hah! Kali nih namia try buat kailan ikan masin pulak. No more carrot marot keh. Ahahhaha. =D Ayah namia kata, kalo makan kat kedai, minta lauk Siakap Kukus, Lala Masak Pedas and Kailan Ikan Masin, harga yang perlu dibayar dah mencecah RM 100 kot (campur nasi and air lah yer). Save banyak tau kalo masak sendiri. Hehe. Tapi satu je lah yang x laratnya. Kena pula lah duk menyiang ke ikan tuh, potong sayur lah, sedia bahan-bahannya lah and banyak lagi. So, a BIG THANKS to my mom lah sebab tolong namia siang ke ikan and bagi tahu guana nak buat ke Kailan Ikan Masin ni. ahahah. Pe hal tak nye, namia bangun lewat kot. ahahha. So, jom kita buat Kailan Ikan Masin pulak ye this time. Go Go Fighting!!!


Bahan-bahannya :
2 ikat sayur kailan - dipotong
ikan masin - secukupnya
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
3 tangkai cili padi - dipotong
air - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. Kemudian, masukkan ikan masin dan gorengkan sehingga masak.
  2. Kemudian, masukkan sedikit air, garam dan gula secukupnya. Letakkan sayur kailan didalam periuk dan tutupkan periuk selama 5-7 minit supaya sayur layu.
  3. Buka kembali periuk dan gaul rata. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!

Ahad, 10 April 2011

Ayam Masak Lengkuas

My mom kata yang Ayam Masak Lengkuas and Ayam Masak Lemak Cili Padi is same recipe. ahahaha. namia pun tak tau jugak sebenarnya. =D. Tapi kali nih, namia letak nama resepi ni as Ayam Masak Lengkuas sebab time buat tuh, cili padi tak ada. Lupa nak beli. Hehe =D. So, Go Go Fighting!!!


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam - dipotong kecil dan disiang
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai - diketuk
1 paket santan (RM 2.00)
air - secukupnya
garam dan gula - secukupnya

Cara Penyediaannya :

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, lengkuas dan kunyit bersama-sama. Kemudian, letakkannya kedalam periuk.
  2. Masukkan ayam, sedikit santan dan air kedalam periuk yang mengandungi bahan kisar tadi. Letakkan diatas api dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan api sederhana.
  3. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan sedikit garam dan gula sehingga cukup rasa. 
  4. Kemudiaan, masukkan lebihan santan kedalamnya dan kacau sehingga mendidih. Jangan biarkan kuah mendidih terlalu lama. Selamat Mencuba!!!

Sayur Kangkung Masak Kicap

Dah asyik dah makan ke lauk sayur lobak, kubis bunga and kacang panjang. So, semalam bila pergi la pasar tani kat atas bukit tuh, namia try lah cari sayur len yang boleh dimasak (ada sayur yang tak boleh masak keh?? ahhaha). Mula-mula tuh, duk belek la juga ke rak tuuh. Nampak sayur kacang panjang, bayam, sawi. Silau-silau lah jugak kot-kot la kangkung ada. Tapi, tak nampak lah pulak. Time nak ambik ke lobak lah baru ternampak ke kangkung tuh. Seikat pun seikat lah. Janji ada kan? ahahha. Go Go Fighting!!!


Bahan-bahannya:

1 ikat sayur kangkung - disiang
3 ulas bawang putih - dipotong nipis
1 sudu besar cili boh
4 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap manis
air - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Rendamkan sayur kangkung yang sidah disiang tadi untuk dibuangkan pasirnya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga menjadi kuning keemasan. Kemudian, masukkan cili boh dan tumiskannya sehingga garing.
  3. Apabila sudah garing, masukkan kicap masin dan kicap manis serta sedikit air. Kacau sehingga mendidih. Kemudian, masukkan garam dan gula sehingga cukup rasa.
  4. Toskan kangkung dan basuhkannya sehingga bersih. Batangnya dipotong panjang. Masukkan kangkung dan batangnya kedalam kuah kicap dan tutupkan periuk selama 3-4 minit. Kacau rata dan sedia untuk diangkat. Selamat Mencuba!!!

Jumaat, 1 April 2011

Sayur Masak Lemak

Sebelum nih da pernah buat dah Sayur Masak Lemak nih. Sedap tau makan dengan nasi putih bersama-sama dengan ikan goreng celup belacan. Memang meletup ah. Nak masak sayur nih pun senang je. Boleh buat lagi lain kali. Go Go Fighting!!!



Bahan-bahannya :
1 batang lobak - dipotong nipis
kubis bunga - dikerat kecil
1 cekak kacang panjang - dipotong panjang
bebola ikan
1 biji bawang besar - dipotong empat (kalau bawang kecil sangat, guna 2 biji)
3 cawan santan
air - secukupnya
garam dan gula - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Masukkan separuh santan, air dan bawang besar kedalam periuk. Panaskan diatas api.
  2. Apabila sudah agak panas, masukkan bebola ikan dan sayur yang sudah dipotong tadi. Kacau rata.
  3. Biarkan sehingga kuah mendidih. Kemudian, masukkan lebihan santan, garam dan gula sehingga cukup rasa. Kacau sehingga ianya mendidih dan tutupkan api. Sedia untuk dihidang bersama-sama nasi putih. Selamat Mencuba!!!

Fruit Cocktail

Dah lama dah tak buat fruit cocktail nih. Semalam gi Giant, teringat la nak buat Fruit Cocktail nih. Da la hari nih puasa sunat. Buka puasa nanti boleh la makan as a dessert. Memang mengancam la. ahahha. Senang je. Boleh la try yer. Go Go Fighting!!!



Bahan-bahannya :
1 paket jelly - tak kisah perisa apa
1 tin besar fruit cocktail
1 mangkuk besar nata de coco
1 tin susu cair
air - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Masak jelly mengikut cara yang telah di tulis di paketnya. dan bekukan seketika.
  2. Kemudian, masukkan fruit cocktail (tanpa airnya) kedalam jelly yang sudah dibekukan dan diikuti dengan memasukkan nata de coco.
  3. Untuk kuahnya pula, msaukkan separuh air kedalam jag dan tuangkan susu cair kedalamnya. Masukkan beberapa sudu air fruit cocktail dan juga air nata de coco. Kacau sehingga sebati.
  4. Tuangkan kuahnya keatas jelly yang betul-betul keras agar tidah bercampur bersama-sama jelly.
  5. Sejukkan didalam peti ais selama sejam dan sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...