Pengikut

Jom Tengok Jam

Those yang rajin singgah tuh, namia ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak. alang2 dah singgah tu, jangan lupa tinggalkan komen or jejak yer. N namia tak lama lagi akan masuk belajar balik, so maaf lah ya kalau update blog lambat. =D

Rabu, 29 Ogos 2012

Nasi Kabsa

Ha! Pelik tak nama entrry kali nih? hehe. kali nih namia try buat nasi kabsa lak. rempah dye ori dr jordan tau. aunty namia bagi rempah nih. dia minta tolong anak dia belikan kat sana. thanks sangat2 kat aunty namia sebab sudi bagi rempah ni. dah la namia memang suka makan nasi arab canggini. :D  nasi nih lebih kurang serupa je macam nasi arab yang biasa jual kat kedai tuh tapi rasa dia lagi meletuplah. for those yang nak tengok resepi asal nasi ni, boleh la klik sini or terus ke website kak nor. sebab namia dah ubah sikit-sikit resepi asal nih. mengikut kesesuaian bahan yang tersedia di dapur. hehe. namia tumpang share ye kak nor. hehe. Aja-Aja Fighting!!!



Bahan-bahannya :
(a) Nasi :
1 ekor ayam
3 cawan nasi - dibersihkan dan ditoskan
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dibelah empat
3 ulas bawang putih - dikerat empat
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang lobak merah - diparut
1 biji tomato - dikisar
2 sudu besar tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu besar rempah kabsa
1/2 biji lemon - diambil jus
1 biji lada benggala - dipotong dadu
2 biji lada merah
kismis - secukupnya
air panas - secukupnya
garam dan gula - secukupnya

(b) Sos :
1 biji tomato
5 tangkai cili hijau
1/2 lemon - diambil jus
garam dan gula - secukupnya

Cara Penyediaanya :
(a) Nasi :

  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Kemudian masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih dan bawang besar. Tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan pula tomato, tomato puri, jus lemon, pewarna kuning dan rempah kabsa kedalamnya. Tumis lagi sehingga naik bau.
  3. Seterusnya, masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan lobak merah, lada benggala, kismis, lada merah dan beras kedalamnya. Masukkan air panas secukupnya bagi menanak nasi. Kacau sebati sebelum menanak nasi macam biasa. Selesai untuk dihidang selepas nasi masak. Selamat Mencuba!!!
(b) Sos :
  1. Masukkan kesemua bahan kedalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.
  2. Sedia untuk dihidang bersama-sama dengan Nasi Kabsa. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Lebih baik kalau guna beras basmathi. Namia tak guna beras tu sebab kat rumah namia memang tak guna beras tu. Guna beras siam je. hehe. Kalau guna beras basmathi, nasi akan jadi lebih relai. Macam makan nasi beriani tu. And for those yang suka makan pedas, boleh lebihkan sikit kat part lada bahagian sos tuh. Tak pon, tambah je lada jarum. Memang 'kick' lah jawabnya. Lagi satu, for those yang tak ada rempah kabsa tuh, jangan sedih-sedih ya. Sebab ada satu blog nih, dia ada show who to make the spice. So boeh lah try ye. Jangan jadikan alasan tak ada rempah kabsa, tak nak buat nasi ni. Rugi tau. Klik sini for those yang nak tau guana nak buat rempah kabsa. namia tumpang share ya Kak Raidah.



Selasa, 28 Ogos 2012

Puding Buih Cappuccino

Once again, DESSERT!! ahahahah. kali ni namia try buat puding buih lak. bak kata my mom lah, puding buih nih dulu makanan tuk orang kaya jer sebab guna telur. tapi zaman sekarang rasanya semua dah boleh try buat kot. yang bezanya malas and rajin je. ahaha. tahun ni namia macam agak malas nak meng'update'kan blog. mungkin sebab masa lama kat rumah. so semua take for granted. hehe. eh. merepek dah namia nih. so korang, enjoy the dish! Aja-Aja Fighting!!!



Bahan-bahannya :
(a) Puding :
1 paket serbuk agar-agar (10 g)
4 biji telur gred A
3/4 cawan gula
1 sudu kecil cappuccino emulco
air

(b) Kuah :
1 tin susu manis
4 sudu besar tepung kastard
air - secukupnya

Cara Penyediannya : 
(a) Puding :

  1. Pukul telur sehingga kembang.
  2. Kemudian, panaskan agar-agar dengan air sehingga agar-agar larut. Seterusnya, masukkan gula dan kacau sehingga gula larut didalam agar-agar.
  3. Kacau agar-agar sehingga agar-agar menjadi sejuk sebelum campurkan agar-agar dengan telur serta cappuccino emulco. Kemudian, tuangkan campuran agar-agar dengan telur kedalam acuan. Biarkan agar-agar mengeras dalam suhu bilik sebelum disimpan didalam peti sejuk. Sedia untuk dihidang bersama kuahnya.
(b) Kuah :
  1. Caikan susu manis dengan menambahkan air secukupnya. Kemudian, masukkan bancuhan tepung kastard dengan air sejuk kedalam susu manis yang dicairkan.
  2. Panaskan atas dapur sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Biarkan sejuk sebelum disimpan kedalam peti ais. 
  3. Hidangkannya bersama-sama puding berserta campuran buah-buahan atau hirisan buahan segar. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengatahuan :
In case kalau campurkan agar-agar yang masih panas kedalam telur yang dipukul sehingga kembang, nanti puding akan mengalami satu lapisan yang sedikit keras. tak sedap tau part tu. so kena be patient sikit tunggu sehingga agar-agar tuh sejuk. tapi, make sure sentiase kacau agar-agar tu, kalau tidak, keras lah jawabnya. :) 

Isnin, 27 Ogos 2012

Puding Laici Taufufa

salam sejahtera semua! so apa khabar. dah lama dah namia tak buat pencuci mulut nih. so kali nih, namia try buat puding laici taufufa ni. nama asal puding ni agar-agar taufufa. maaf ye cik teratai. kita share-share lah ye resepi nih kat sini. for those yang nak tengok-tengok resepi asal, blh lah klik kat sini. so, for those yang tak pernah try, boleh la cuba. senang je. sejam pun tak sampai tau. Aja-aja Fighting!!!


Bahan-bahannya :
1 paket agar-agar 10 g
3/4 cawan gula
8 cawan air
1 tin susu cair
1 tin laici

Cara Penyediaanya :

  1. Masak agar-agar, gula, air dan susu cair sehingga mendidih. 
  2. Kemudian, masukkan puding kedalam acuannya. Biarkan sejuk dalam peti ais.
  3. Apabila puding sudah mengeras, masukkan buah laici dan sedikit air manisannya. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Kalau nak puding tuh lembik sikit, boleh letak air 1 atau 2 cawan lebih. Kalau tak ada laici, boleh juga ganti dengan buah peach or cocktail. Mana-mana pun sedap. :D

Ahad, 26 Ogos 2012

Nasi Ayam Penyet

Salam sejahtera semua. Untuk kali ni, namia akan postkan resepi nasi ayam penyet lak. resepi nih dah 2 kali dah namia buat. first time dulu namia buat ayam je. kali nih cukup pakej sekali dengan nasi. yum yum. family namia pun kata, resepi nih best sangat2. :D rasa pun sebijik macam kat kedai. so, boleh la buat berkali-kali kan? those yang tak pernah try lagi resepi nih, boleh la cuba. boleh try based on apa yang namia postkan ataupun klik kat sini. namia ambil resepi ni kat my resepi. ada perbezaan sikit tau. :D senang je. Oh ye. Lupe nak wish. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN! Aja-Aja Fighting!!!



Bahan-bahannya :
(a) Ayam
1 ekor ayam - dibersihkan
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
3 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar kunyit
1/2 sudu besar lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air rebusan ayam
tepung beras - secukupnya
garam - secukupnya
minyak - secukupnya

(b) Sambal
10 batang cili merah
10 batang cili padi
10 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 cm belacan
gula melaka - secukupnya
minyak - secukupnya
sedikit air rebusan ayam

(c) Nasi
3 cawan beras - dibasuh dan ditoskan
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang putih
4 biji buah pelaga
butter - secukupnya
air rebusan ayam - secukupnya

(d) Sup
5 cm halia - dikerat panjang
5 ulas bawang putih - dimayang nipis
garam dan gula - secukupnya
daun sup - secukupnya
air - secukupnya

Cara Penyediaannya :
(a) Sup

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali garam dan gula, termasuk ayam dan panaskan atas api sehingga mendidih. Pastikan ayam masak sepenuhnya.
  2. Toskan ayam dan tambah garam dan gula sehingga cukup rasa.
  3. Siap dihidang bersama-sama daun sup.
(b) Ayam 
  1. Kisar semua bahan kecuali minyak dan ayam yang sudah ditoskan tadi. 
  2. Kemudian, lumur bahan yang kisar tadi pada ayam dan perap semalaman.
  3. Sebelum digoreng dalam minyak panas, golekkan ayam yang diperap itu pada tepung beras.
  4. Sedia untuk dihidang bersama-sama salad segar dan buah tomato.
(c) Nasi
  1. Panaskan sedikit butter dan tumiskan bawang putih, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan beras yang sudah ditoskan. Gaul selama 2-3 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Selepas mendidih, pindahkan kepada periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa.
(d) Sambal
  1. Kisarkan cili merah, cili padi, bawang dan halia sehingga sebati. 
  2. Kemudian, panaskan sedikit minyak dan tumiskan cili boh dan belacan sehingga garing. Masukkan bahan yang dikisar tadi bersama-sama. Gaul sebati.
  3. Apabila sambal kelihatan sudah sebati, masukkan gula melaka dan kacau lagi sehingga gula meresap kedalam sambal. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Namia tak perap pun ayam tu semalaman sebab tak sempat. padahal malas nk buat. ahahahah. tapi still lagi jadi tau. :D kalau makan dengan nasi putih je pun boleh tau. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...