Bahan-bahannya :
1 bungkus serbuk agar-agar
1 tin susu cair (400 ml)
750 ml air
3/4 cawan milo
140 g gula
1 bungkus biskut oreo (137 g) - dipatahkan
Cara Penyediaanya :
- Panaskan agar-agar bersama-sama air sehingga agar-agar larut. Kemudian, masukkan gula dan biarkan sehingga gula larut. Seterusnya, masukkan susu cair sehingga mendidih.
- Bahagikan agar-agar kepada 2 periuk. Kemudian, masukkan milo kedalam salah satu periuk. Kacau sehingga milo sebati dengan agar-agar.
- Kemudian, tuangkan satu cawan agar-agar campuran milo kedalam acuan. Biarkan permukaannya keras sedikit.
- Selepas itu, tuangkan kesemua agar-agar original (yang tidak bercampur dengan milo) diatasnya. Taburkan biskut oreo kedalamnya.
- Biarkan lapisan kedua sedikit sejuk sebelum menuangkan lebihan agar-agar campuran milo keatasnya.
- Biarkan membeku disuhu bilik sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk. Enak dinikmati ketika agar-agar sejuk. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Time nak tunggu agar-agar tuh keras, agar-agar yang ada kat atas dapur tuh pastikan dikacau sentiasa agar tidak menjadi agar-agar didalam periuk. And, kecilkan sedikit api supaya agar-agar tidak melimpah keluar. Kalau ada yang tak suka ke milo tuh, boleh lah tukar ke koko. tapi kurangkan sedikit kuantitinya sebab koko lagi pahit dari milo. :)