Bahan-bahannya:
2 cawan tepung pulut
1 cawan santan
Secubit garam
Daun pisang dilayurkan atas api (potong 12x7cm)
Minyak
1 cawan gula perang
1 sudu besar gula Melaka
2 helai daun pandan
2 cawan kelapa parut kering (pek segera je.huhu)
½ cawan air
Cara Penyediaanya:
(a) INTI
- Larutkan gula perang dan gula Melaka bersama air dan daun pandan.
- Setelah menggelegak masukkan kelapa kering dan biarkan sehingga pekat dan kering.
(b) KUIH
- Campurkan tepung pulut, santan dan garam. Gaul rata sehingga tak melekit ke tangan.
- Bentukkan bulat dan kemudian leperkan untuk di isi inti. Kemudian gentelkan dan bungkus ke dalam daun pisang yang disapu minyak.
- Kukus piramid-piramid kuih koci kedalam pengukus selama 15 minit. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan:
kalau lah tak reti or malas nak buat style piramid, boleh try balut guna style bantal.. senang sikit.. style bantal tuh macam yang dijual kat kedai tuh.. yang tuh style bantal lah tu.. cute gitu.. ahahha
2 ulasan:
Kuih Koci!!! sedapnya..my favourite nih...
Coretan Terkini: My Red Wedding Dress!!!
Jom join: Contest Besday kad Untuk Safiyya...
boleh la try buat pulak yer kak =D
Catat Ulasan