Pengikut

Jom Tengok Jam

Those yang rajin singgah tuh, namia ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak. alang2 dah singgah tu, jangan lupa tinggalkan komen or jejak yer. N namia tak lama lagi akan masuk belajar balik, so maaf lah ya kalau update blog lambat. =D

Sabtu, 16 Jun 2012

Mee Bandung

Salam semua. Ha! Kali ni, namia akan paparkan pula resepi mee bandung yang namia dah try buat based on buku saji. resepi nih senang, simple dan mudah bangat!!!. ahahaha. rasa dia pun sebijik macam kat kedai punye. so, all those yang tak pernah buat mee bandung ni, boleh la try buat ye. sekali buat, pastinya nak lagi. Go Go Fighting!!!


Bahan - bahannya :
1 kg mi - dicelur
150 gm tauge - dicelur
200 g tulang daging - direbus sehingga empuk
300 g daging tetel - direbus sehingga empuk
300 g udang hidup - dibuang kulit
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih - dimayang nipis
1 biji bawang besar - dimayang nipis
50 g udang kering - ditumbuk halus
5 sudu besar sup tomato
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
3 biji telur
3 batang sawi - dikerat pendek
1 batang lobak merah - dipotong panjang
1 tangkai daun sup - dicincang halus
1 tangkai daun bawang - dicincang halus
bawang goreng - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar. Kacau sehingga naik aromanya dan masukkan cili kisar dan udang kering. Kacau sehingga garing.
  2. Masukkan air rebusan daging ecukupnya dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan sos tomato, sos cuili, sup tomato, kicap, garam dan gula. Juga masukkan udang hidup, isi daging yang sudah dipotong kecil, sawi dan lobak merah. Biarkan merenih perlahan-lahan.
  4. Masukkan teur dan biarkan mendidih. Bila telur masak, padamkan api.
  5. Kemudian, hidangkan mi bersama-sama tauge dan taburkan bawang goreng serta hirisan tomato, daun sup dan daun bawang. Tuangkan kuah ke atasnya dan hidang bersama-sama dengan air kegemaran masing-masing. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Namia tak letak pun daging tetel and tulang daging sebab tak ada daging time namia nak masak. so namia tukar dengan isi ayam. pun jadi. sedap tak ingat dunia lah. aahahhah :p n lagi satu, kalo nak kuah pekat sikit, boleh la letak sedikit tepung jagung. :)

3 ulasan:

teratai berkata...

memang sedap..:)

namia berkata...

boleh la teratai buat pula. :D

Miss Etown berkata...

nampak sedap.. hi namia.. feel free to visit n follow my blog.thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...