Pengikut

Jom Tengok Jam

Those yang rajin singgah tuh, namia ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak. alang2 dah singgah tu, jangan lupa tinggalkan komen or jejak yer. N namia tak lama lagi akan masuk belajar balik, so maaf lah ya kalau update blog lambat. =D

Jumaat, 20 April 2012

Nasi Goreng Ikan Bilis

salam. kamu-kamu semua~! setelah sekian lama namia tak update blog nih (almaklumlah busy study bak kata orang), so kali nih sempena pengaktifan kembali blog ini, namia postkan satu resepi yang boleh diibaratkan resepi turun temurun lah juga sebabnya, resepi nih, dari nenek namia then mama namia sambung and last sekali, namia cuba-cuba buat lak. hehe. nasib baik lah jad (bangga kejap. ahahah). kalau nak tengok resepi asal, boleh la pergi ke website kelip-kelipkehidupan atau pun klik sini okeh? Aja-Aja Fighting!!!



Bahan-bahannya :
nasi putih - 5 orang makan
1 mangkuk ikan bilis - ditumbuk halus
8 tangkai cili padi - ditumbuk halus
6 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 sudu besar bawang lumat
3 sudu besar sos tiram
1 batang lobak merah - dipotong dadu
minyak - secukupnya
garam dan gula - secukupnya

Cara Penyediaannya :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumsan bawang putih dan bawang lumat sehingga naik bau. Kemudian, tumiskan cili padi sehingga naik baunya. 
  2. Tambahkan sedikit minyak untuk menggoreng ikan bilis. Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan kemudian, masukkanlobak merah, sos tiram, garam dan gula sehingga cukup rasa.
  3. Kemudian, masukkan nasi dan gaul sebati. Sedia untuk dihidang bersama-sama keropok goreng. Selamar Mencuba!!!

Sebagai Pengetahuan :
Bagi mereka-mereka yang tidak menggemari masakan pedas, kurangkan lah bilangan cili padi tu. Namia and family gemar masakan pedas, sebab tu namia letak banyak-banyak sikit. :)

2 ulasan:

teratai berkata...

Masakan ayam panggang bermadu pun sedap, bila nak post resipinya??

Che Rosliza Che mat berkata...

sedapnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...