Pengikut

Jom Tengok Jam

Those yang rajin singgah tuh, namia ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak. alang2 dah singgah tu, jangan lupa tinggalkan komen or jejak yer. N namia tak lama lagi akan masuk belajar balik, so maaf lah ya kalau update blog lambat. =D

Jumaat, 18 November 2011

Daging Bumbu Bali

salam guys. before namia masuk balik um tuk bertarung di asasi, hari nih namia nak tiitpkanlah satu resepi yang mudah dan memang sedap bangat! ahahah. by looking trough the title pun boleh tau yang masakan nih asalnya dari indonesia. ha! betul sangat-sangat lah tuh. ahahhaha. nak tau macam mana namia boleh tau kewujdan resepi nih? before this, mama namia has mention about this recipe, tp mama namia buat Ayam Bumbu Bali. jadi, namia godek lah internet cari resepi tuk daging lak. jumpa lah kat page Mama Ita. kongsi ya respi nih Mama Ita. hehe. kalau nak tenguk original resepi, boleh lah klik sini sebab namia ada ubah sikit-sikit. hehe. Aja-aja Fighting!!!



Bahan-bahannya :
500 g daging lembu - dipotong nipis
250 ml santan segar
3 tangkai dau limau purut
2 biji ubi kentang - dibelah 4
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
5 biji buah keras - dikisar
2 tangkai cili merah - dikisar
4 tangkai cili padi - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudu teh kunyit serbuk - dikisar
air - secukupnya
garam dan gula- secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan daging yang sudah dicuci bersama-sama dengan santan segar, daun limau purut dan juga ubi kentang. Biarkan sehingga kuah menjadi agak pekat dan ubi kentang menjadi empuk.
  3. Akhir sekali, masukkan kicap pekat, kicap manis, garam dan gula. biarkan mendidih untuk seketika. Angkat dan hidangkannya bersama-sama nasi panas. Selamat Mencuba!!!

Selasa, 8 November 2011

Agar-agar Limau

salam guys! lama dah tak update blog nih. maknenye dah lama dah la namia tak memasak. OOpppsss! kantoi sat. hehe. okeh lah. disebabkan sudah lama dah namia tak pegang senduk sudip what so ever nih, namia just buat agar-agar nih je. simple n mudah. al maklum lah. sudah lama tak memasak. nak masak balik kena slow-slow. tak boleh la g buat western terus. boleh terpe'ot lak tangan nanti. hehe. okeh! dah start merepek dah. sebelum namia makin merepek, enjoy lah resepi yang tak seberapa nih. before tuh, resepi nih namia ambil dari blog teratai. kepada mereka yang nak  tenguk resepi asal, boleh la klik sini. hehe.  Go Go Fighting!!!




Bahan-bahannya :
5 biji limau besar saiznya
10 g serbuk agar-agar
1000 ml (air + jus oren)
7 sudu besar gula
sedikit garam
sunquick - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Belah limau kepada 2 bahagian. Korek isinya dan ketepikan. Jadikan kulit limau itu sebagai mangkuk untuk diletakkan agar-agar.
  2. Isi limau yang dikorek tadi, kisarkannya untuk dijadikan jus. Ketepikan.
  3. Sukat jus limau yang perolehi. (katakanlah jus oren tuh dapat sebanyak 500 ml, sediakan air kosong sebanyak 500 ml. Campuran air dan jus limau mestilah 1000 ml.).
  4. Masak agar-agar bersama-sama dengan air dan gula sehingga mendidih. Apabila sudah mendidih, tutup api dan sejukkannya buat seketika.
  5. Kemudian, masukkan jus oren bersama-sama dengan beberapa sudu sunquick. Sunquick nih just tuk naikkan seri warna agar-agar oren nih je. Kacau sebati.
  6. Tuangkan agar-agar yang sudah sebati dengan jus oren tadi kedalam kulit limau. Biarkan sehingga agar-agar sejuk. 
  7. Akhir sekali, potong agar-agar sekali dengan kulit limau untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Andai kata korang semua tak suka buah oren nih, boleh tukar dengan tembikai ke nenas ke buah naga ke. as long as buah-buah tu semua ada kulit yang tebal dan boleh dijadikan mangkuk. Lagi satu, agar-agar nih sedap sangat-sangat kalau dimakan sejuk. Nikmat!!!!  =D

Khamis, 28 Julai 2011

Iced Blended Mango

semalam try buat iced blended durian belanda. hari nih try buat iced blended mangga pulak. yang nih special request dari my dad tau. namia buat dengan adik namia. kita orang pulun ke buah mangga tuh sampai habis. ngeh ngeh ngeh. sungguh nikmat tau. cara nya pun senang. lebih kurang je ngan buat iced nlended durian belanda. just yang bezanya, yang nih tak taruk madu lah sebab mangga tuh da manis. haha. Aja-Aja Fighting!!!



Bahan-bahannya :
mangga - secukupnya
iced - secukupnya
air - secukupnya

Cara Pemyediaannya :
  1. Masukkan mangga dan air ke dalam mesin pengisar. Lisarkan sehingga buah hancur.
  2. Kemudian, masukkan iced dan kisar senula sehinga iced hancur. Siap! Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pemgetahuan :
my sis said yang letak air dulu baru letak ais so, ice blended yang di buat lebih soft. kalau nak lagi smooth, time nal blend iced, bjangan tutup lubang penutup bekas pengisar agar berlakunya pengedaran udara. tuh yang buat iced blended lagi soft and smooth. n, kalau la buah tuh tak berapa manis, letak la sedikit gula, tapi jangan letak banyak sangat. nanti hilang rasa manis buah tu tau. Selamat Mencuba!!!

Iced Blended Soursop with Honey

on da way nak balik rumah time my dad ambik namia kat um, singgah sat beli buah. macam-macam beli termasuk lah durian belanda nih. bila dah sampai kat rumah, my sis suggest tuk buat iced blended durian belanda nih. so, my dad pergi lah beli iced kat kedai runcit. first try buat, sedap tau. pas tu buat lagi sampai habis iced. durian belandanya ada lagi half. ahahah. simpan buat makan pulak. senang je tau nak buat iced blended nih. sesiapa yang dok reti tuh, meh sini namia ajo k. ahahah. Aja-Aja Fighting!!!


Bahan-bahannya :
durian belanda - secukupnya
madu - secukupnya
iced - secukupnya
air - secukupnya


Cara Pemyediaannya :
  1. Masukkan durian belanda, madu dan air ke dalam mesin pengisar. Lisarkan sehingga buah hancur.
  2. Kemudian, masukkan iced dan kisar senula sehinga iced hancur. Siap! Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pemgetahuan :
my sis said yang letak air dulu baru letak ais so, ice blended yang di buat lebih soft. kalau nak lagi smooth, time nal blend iced, bjangan tutup lubang penutup bekas pengisar agar berlakunya pengedaran udara. tuh yang buat iced blended lagi soft and smooth. Selamat Mencuba!!!

Sup Ayam Semerbak Mewangi

salam. dah lama kan namia tak taip-taip resepi kat sini. rinsu pulak rasanya. hehe ^_^. al maklum la. sibuk kot study kat um tuh. setiap hari balik pukul lima petang. nak masak lagi lah tak sempatnya. minggu nih,namia ada study week. next week bila balik um semula, ada mid seem exam kot. doakan namia yer. so, sempat lah namia curi-curi masa sikit memasak. so hari nih namia buat lauk sup ayam. jadi, namia nak kongsi la resepi yang namia ambik dari web My resepi. resepi asal nih dari kak tulip 77. tumpang share ye akak tulip. hehe. kalau nak tengok resepi asal, boleh la klik sini yer. Go Go Fighting!!!~



Bahan-bahannya:
1 ekor ayam
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1.5 inci halia - dihiris nipis
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji kentang - di kerat empat
sebatang lobak merah - di potong panjang
5 - 7 biji lada hitam - ditumbuk
lada sulah -secukupnya
air - secukupnya
sedikit minyak

Cara Penyediaannya :
  1. ayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang direndam dalam air dan panaskan air sehingga air menggelegak. Kemudian, toskannya dari air, ketepikan iar tersebut.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, tumiskan bahan yang direbus tadi bersama-sama dengan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam yang sudah dibersih ke dalsm bahan yang di tumis tadi dan biarkannya selama 7-10 minit agar bahan yang ditumis tadi meresap masuk kedalam ayam.
  4. Kemudian, masukkan rebusan rempah tadi dan di ikuti dengan air sehingga mencukupi. Masukkan lobak merah dan ubi kentang dan tunggu sehingga kuah mendidih atau ubi kentang menjadi sedikit empuk. 
  5. Apabila kuah sudah mendidih atan ubi kentang sudah menjadi empuk, masukkan lada hitam, lada sulah, garam dan gula secukupnya. Masak lagi sehingga mendidih. Sedia untuk dihidang bersama-sama nasi panas. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
namia tak letak daun sup, daun bawang dan bawang goreng tapi, memang wangi lah baunya. sedap pun sedap (masuk bakul angkat sendirii la pulak). kalo masukkan daun-daun tuh semua, 1 kampung nih boleh bau kewangian sup nih. ahahahahah ^_^

Jumaat, 6 Mei 2011

Nasi Goreng Kampung

Hari ni hari Jumaat kan? so, namia buat Nasi Goreng Kampung je lah sebab biasanya, petang Jumaat namia and keluarga pergi beli makanan kat pasar malam. hehe. so, tak payah la beriya sangat masak nya hari ini. Nasi Goreng Kampung nih first time tau namia try buat. Dari segi rupanya not bad lah. Rasa pun not BAD! ahahahahah. hehe. Pas nih boleh buat lagi. Go Go Fighting!!!


Bahan-bahannya :
2 cawan beras
2 ketul isi ayam - dipotong dadu
1 ikat sayur kangkung - disiang dan batangnya dikerat panjang 3 cm
1 batang lobak merah - dikerat panjang 3 cm
2 biji telur ayam
6 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1/2 sudu sederhana belacan - dicampur dengan sedikit air
7 biji lada hitam - ditumbuk halus
ikan bilis - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Masak nasi dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. Kemudian, masukkan isi ayam dan kacau sehingg isi ayam masak.
  3. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau. Selepas telur masak, masukkan belacan yang sudah dicampur dengan air dan di ikuti dengan sayur.
  4. Biarkan selama 2 - 3 minit. Kemudian, masukkan nasi, garam, gula dan lada hitam sehingga cukup rasa. 
  5. Kacau nasi sehingga sebati. Sedia untuk dihidang bersama-sama ikan bilis goreng dan keropok goreng. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Kalau nak rasa pedas lagi, letak lah lebih banyak cili padi. Kalau tak nak pedas, kurangkan cili padi. Kalau nak masukkan ikan bilis dalam nasi terus pun boleh. namia suka makan ikan bilis garing. Sebab tu namia letak atas nasi goreng. =D

Isnin, 2 Mei 2011

Mee Rebus

Menu pagi hari ahad nih, da lama dah mak namia tak buat. Maybe tak ada waktu or time tuh, tak terasa nak makan mee rebus nih lah kot. So, one day, namia cadang kat famili supaya makan mee rebus lah malam hari sabtu kalau namia tak silap lah. Bahan-bahannya mak namia yang settle kan. namia tukang masak jeh. ahahhaha. (macam buli mak je bunyi nyek! =.='') So, pas nih namia boleh lah buat sendiri pulak kalo terasa nak makan tuh. Senang je rupa-rupanya. ahahahhaha. Go Go Fighting!!!


Bahan-bahannya :
2 paket mee kuning
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
4 tangkai sawi - dikerat 2 cm
isi ayam - dipotong dadu
bebola ikan
10 lada hitam - ditumbuk
garam dan gula - secukupnya
air - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya :

  1. Celurkan mee kuning dengan air panas selama 10 minit dan toskannya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih bersama-sama isii ayam sehingga naik bau. Masukkan air secukupnya dan biarkan ianya mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan sawi yang sudah dipotong bersama-sama bebola ikan dan lada hitam. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkannya ia mendidih sekali lagi.
  4. Tutupkan api apabila sudah mendidih. Masukkan sedikit mee kuning kedalam mangkuk dan tuangkan kuahnya keatasnya. 
  5. Mee rebus ini enak dimakan bersama-sama lada potong dan sedikit kicap serta sos tomato. Selamat Mencuba!!!

Kacang Botol Masak Belacan

Kalau nak diikutkan, hari nih namia nak masak lauk telur itik anad kacang botol masak merah. Tapi time nak kuar td, tengok-tengok kunci rumah tak ada. Nih mesti adik namia yang bawa pergi sekolah nih. Terus tukar plan dari telur itik ke telur ayam. ahahhaha. Disebabkan namia masak telur masak merah, kacang botol nih tak kan nak masak merah juga kan. So namia buat lah masak belacan. Bantai je masak nih. ahahha Tapi bau sedap. Boleh la cuba buat lagi lain kali kan. Go Go Fighting!!!


Bahan-bahannya :
kacang botol - dipotong sederhana
4 sudu besar bawang lumat
1 sudu teh belacan - larutkan dengan sedikit air
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Kemudian, masukkan belacan yang sudah dilarutkan dalam air dan tumiskan sehingga garing. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan kacang botol kedalamnya dan gaul rata sehingga kacang botol masak. Angkat dan sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!

Kacang Buncis Masak Telur

Pernah dengar resepi nih? Or pernah buat resepi nih? ahahhaha. Namia bukan nak berlagak k sebab reti masak lauk nih. Lauk nih memang best ah. Tambah-tambah lagi kalo makan denagn gulai ayam disertakan dengan sedikit ikan bilis goreng. ahahha. Lapo~~ (okeh, namia merepek lagi. =.='') Siapa yang tak reti nak masak sayur nih, boleh la try buat ye. Go Go Fighting!!!


Bahan-bahannya :
1 plastik kacang buncis - dikerat 1 inci
3 biji telur
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
isi ayam - dipotong dadu
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. 
  2. Kemudian, masukkan isi ayam dan tumiskannya sehingga masak. Apabila isi ayam sudah masak, pecahkan telur sebiji demi sebiji dan kacaukannya sehingga masak.
  3. Masukkan sedikit garam dan gula kedalamnya sehingga cukup rasa. Kemudian, masukkan kacang buncis dan gaulkannya sehingga kacang masak. 
  4. Sedia untuk di angkat dan dihidangkan bersama-sama gulai ayam dan nasi panas. Selamat Mencuba!!!

Telur Masak Merah

Nih la resepi tuk telur masak merah. hehe. Pada mulanya, (seperti mana yang namia cite kat post kacang botol masak belacan tu), namia nak masak telur itik. Tapi disebabkan ketiadaan santan, namia tukar lah ke telur ayam. ahahhaha. Janji telur kn? Nak masak telur dinasor pun blh tapi ada ke? (apa menda lah namia mengarut nih =.='') Senang je masak resepi nih. Boleh la buat sokmo yer. Go Go Fighting!!!



Bahan-bahannya :
6 biji telur ayam - direbus
4 sudu besar bawang lumat
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
gula melaka -secukupnya
1 sudu teh azsm jawa - larukan dengan sedikit air
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya
air - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur ayam yang sudah direbus tadi. Selepas siap digoreng, ketepikannya buat seketika.
  2. Dengan menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang lumat dan cili doh sehingga menjadi garing. Tambahkan sedikit air sekiranya kuah terlalu pekat.
  3. Kemudian, masukkan asam jawa, gula melaka, kicap masin dan kicap manis ke dalam kuah dan kacau rata. Apabila sudah mendidih, masukkan sedikit garam dan gula sehingga cukup rasa. Sekiranya kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Kemudian masukkan telur yang sudah digoreng tadi dan sedia untuk di angkat. Selamat Mencuba!!!

Rabu, 13 April 2011

Lala Masak Pedas

Sabtu lepas ada la tanya ayah sama ada ayah nak gi ke tak pasar tani keesokkan harinya. Ayah kata ayah nak pergi. So, namia minta tolong lah my dad tuh belikan ikan siakap, lala and sayur kailan. A BIG THANKS lah to my dad sebab sudi pergi beli suma menda nih. Namia nih memang anak yang banyak songgeh! =D Saja-saja lah nak try buat masakan kat kedai. Before nih, da pernah da masak ikan siakap tuh. Siapa2 yang nak try buat, boleh la klik sini yer. Siapa nak cuba masak kailan ikan masin, boleh klik kat sini pula. Yang nak try buat lala masak pedas, boleh ikuti resepi nih. Go Go Fighting!!!


Bahan-bahannya :
500 g lala
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 ulas bawang besar - dimayang
2 cm halia - dihiris nipis
5 tangkai cili padi - dihiris
1 sudu teh asam jawa
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 biji tomato - dipotong empat
air - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Rendamkan lala didalam air untuk dibuang pasir dan lumut. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi sehingga naik bau. Kemudian, masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan sedikit air. Kacau sehingga mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan tomato buah, garam dan gula dan kacau sebati. 
  4. Toskan lala dan basuh bersih. Kemudian, masukkan lala kedalam periuk dan tutupkannya selama 10-15 minit.
  5. Selepas itu, gaul rata dan sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!

Isnin, 11 April 2011

Kailan Ikan Masin

Hah! Kali nih namia try buat kailan ikan masin pulak. No more carrot marot keh. Ahahhaha. =D Ayah namia kata, kalo makan kat kedai, minta lauk Siakap Kukus, Lala Masak Pedas and Kailan Ikan Masin, harga yang perlu dibayar dah mencecah RM 100 kot (campur nasi and air lah yer). Save banyak tau kalo masak sendiri. Hehe. Tapi satu je lah yang x laratnya. Kena pula lah duk menyiang ke ikan tuh, potong sayur lah, sedia bahan-bahannya lah and banyak lagi. So, a BIG THANKS to my mom lah sebab tolong namia siang ke ikan and bagi tahu guana nak buat ke Kailan Ikan Masin ni. ahahah. Pe hal tak nye, namia bangun lewat kot. ahahha. So, jom kita buat Kailan Ikan Masin pulak ye this time. Go Go Fighting!!!


Bahan-bahannya :
2 ikat sayur kailan - dipotong
ikan masin - secukupnya
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
3 tangkai cili padi - dipotong
air - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. Kemudian, masukkan ikan masin dan gorengkan sehingga masak.
  2. Kemudian, masukkan sedikit air, garam dan gula secukupnya. Letakkan sayur kailan didalam periuk dan tutupkan periuk selama 5-7 minit supaya sayur layu.
  3. Buka kembali periuk dan gaul rata. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!

Ahad, 10 April 2011

Ayam Masak Lengkuas

My mom kata yang Ayam Masak Lengkuas and Ayam Masak Lemak Cili Padi is same recipe. ahahaha. namia pun tak tau jugak sebenarnya. =D. Tapi kali nih, namia letak nama resepi ni as Ayam Masak Lengkuas sebab time buat tuh, cili padi tak ada. Lupa nak beli. Hehe =D. So, Go Go Fighting!!!


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam - dipotong kecil dan disiang
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai - diketuk
1 paket santan (RM 2.00)
air - secukupnya
garam dan gula - secukupnya

Cara Penyediaannya :

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, lengkuas dan kunyit bersama-sama. Kemudian, letakkannya kedalam periuk.
  2. Masukkan ayam, sedikit santan dan air kedalam periuk yang mengandungi bahan kisar tadi. Letakkan diatas api dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan api sederhana.
  3. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan sedikit garam dan gula sehingga cukup rasa. 
  4. Kemudiaan, masukkan lebihan santan kedalamnya dan kacau sehingga mendidih. Jangan biarkan kuah mendidih terlalu lama. Selamat Mencuba!!!

Sayur Kangkung Masak Kicap

Dah asyik dah makan ke lauk sayur lobak, kubis bunga and kacang panjang. So, semalam bila pergi la pasar tani kat atas bukit tuh, namia try lah cari sayur len yang boleh dimasak (ada sayur yang tak boleh masak keh?? ahhaha). Mula-mula tuh, duk belek la juga ke rak tuuh. Nampak sayur kacang panjang, bayam, sawi. Silau-silau lah jugak kot-kot la kangkung ada. Tapi, tak nampak lah pulak. Time nak ambik ke lobak lah baru ternampak ke kangkung tuh. Seikat pun seikat lah. Janji ada kan? ahahha. Go Go Fighting!!!


Bahan-bahannya:

1 ikat sayur kangkung - disiang
3 ulas bawang putih - dipotong nipis
1 sudu besar cili boh
4 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap manis
air - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Rendamkan sayur kangkung yang sidah disiang tadi untuk dibuangkan pasirnya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga menjadi kuning keemasan. Kemudian, masukkan cili boh dan tumiskannya sehingga garing.
  3. Apabila sudah garing, masukkan kicap masin dan kicap manis serta sedikit air. Kacau sehingga mendidih. Kemudian, masukkan garam dan gula sehingga cukup rasa.
  4. Toskan kangkung dan basuhkannya sehingga bersih. Batangnya dipotong panjang. Masukkan kangkung dan batangnya kedalam kuah kicap dan tutupkan periuk selama 3-4 minit. Kacau rata dan sedia untuk diangkat. Selamat Mencuba!!!

Jumaat, 1 April 2011

Sayur Masak Lemak

Sebelum nih da pernah buat dah Sayur Masak Lemak nih. Sedap tau makan dengan nasi putih bersama-sama dengan ikan goreng celup belacan. Memang meletup ah. Nak masak sayur nih pun senang je. Boleh buat lagi lain kali. Go Go Fighting!!!



Bahan-bahannya :
1 batang lobak - dipotong nipis
kubis bunga - dikerat kecil
1 cekak kacang panjang - dipotong panjang
bebola ikan
1 biji bawang besar - dipotong empat (kalau bawang kecil sangat, guna 2 biji)
3 cawan santan
air - secukupnya
garam dan gula - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Masukkan separuh santan, air dan bawang besar kedalam periuk. Panaskan diatas api.
  2. Apabila sudah agak panas, masukkan bebola ikan dan sayur yang sudah dipotong tadi. Kacau rata.
  3. Biarkan sehingga kuah mendidih. Kemudian, masukkan lebihan santan, garam dan gula sehingga cukup rasa. Kacau sehingga ianya mendidih dan tutupkan api. Sedia untuk dihidang bersama-sama nasi putih. Selamat Mencuba!!!

Fruit Cocktail

Dah lama dah tak buat fruit cocktail nih. Semalam gi Giant, teringat la nak buat Fruit Cocktail nih. Da la hari nih puasa sunat. Buka puasa nanti boleh la makan as a dessert. Memang mengancam la. ahahha. Senang je. Boleh la try yer. Go Go Fighting!!!



Bahan-bahannya :
1 paket jelly - tak kisah perisa apa
1 tin besar fruit cocktail
1 mangkuk besar nata de coco
1 tin susu cair
air - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Masak jelly mengikut cara yang telah di tulis di paketnya. dan bekukan seketika.
  2. Kemudian, masukkan fruit cocktail (tanpa airnya) kedalam jelly yang sudah dibekukan dan diikuti dengan memasukkan nata de coco.
  3. Untuk kuahnya pula, msaukkan separuh air kedalam jag dan tuangkan susu cair kedalamnya. Masukkan beberapa sudu air fruit cocktail dan juga air nata de coco. Kacau sehingga sebati.
  4. Tuangkan kuahnya keatas jelly yang betul-betul keras agar tidah bercampur bersama-sama jelly.
  5. Sejukkan didalam peti ais selama sejam dan sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!

Selasa, 22 Mac 2011

Ikan Masak Merah Berempah

Ikan lagi. ahahahha. Nam wat macam mana, banyak sangat ikan dalam peti ais tuh. Kali nih buat Ikan Masak Merah Berempah. Bukan Ikan Masak Merah biiasa-biasa tuh yer. Senang je. Nak tau pe rahsiannya? Cuba la buat ya. Go Go Fighting!!!



Bahan-bahannya :
4 keping ikan tenggiri
4 sudu besar cili boh
4 sudu besar bawang lumat
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
gula melaka - secukupnya
kacang bendi
1 biji tomato buah - dibelah empat
air - secukupnya
minyak - secukupnya
garam dan gula - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Gaulkan ikan dengan sedikit garam sebelum menggorengkannya. Ketepikan.
  2. Bagi kuahnya, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang lumat bersama-sama cili boh sehingga cili boh masak. Kemudian, masukkan kicap masin, kicap manis dan gula melaka. Gaul rata.
  3. Apabila cili boh sudah garing, masukkan rempah kari ayam bersama air. Kalau nak kuah lebih, letak air banyak sikit. Masukkan kacang bendi dan masak selama 10 minit atau sehingga kacang bendi menjadi empuk. Kemudian, masukkan sedikit garam dan gula bagi menambah perisa.
  4. Sebelum diangkat, letakkan tomato buah kedalamnya dan masak lebih kurang 3 - 4 minit.  
  5. Tuangkan kuahnya keatas ikan yang sudah digoreng tadi. Sedia untuk dihidang dengan nasi panas. Selamat Mencuba!!!

Kek Batik

Semalam teringin nak buat kek batik. Kalau dulu-dulu ada my sis yang tolong buatkan kalo nak makan. Tapi sekarang nih kalau nak makan kena buat sendiri la. ahahaha. Senang je. Pas menuntut ilmunya dari my sis, terus buat. Tak de tangguh-tangguh da. ahahha. Go Go Fighting!!!


Bahan-bahannya :
4 sudu besar buttercup
8 sudu besar milo
1/2 tin susu pekat manis
Biskut Marry secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Masukkan buttercup, susu pekat manis dan milo kedalam periuk. Masak dengan menggunakan api kecil sehingga mendidih. Untuk menghasilkan coklat yang sebati, kacau pelahan-lahan.
  2. Letakkan coklat yang sudah dimasak itu ke dalam bekas. Kemudian, susun biskut Marry dalam satu lapisan dan tutupkannya dengan coklat. Ulang sehingga coklat habis.
  3. Sejukkannya di dalam peti ais selama beberapa jam. Sedia tuk dihidang bersama-sama teh panas. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Kalau nak coklat tuh lebih sikit, letak lah banyak sikit milo, susu pekat manis and mentega (buttercup) tuh. Kalau nak rada pahit-pahit sikit, letak lah serbuk koko sekali. Kalau nak rasa kopi tuh, letak lah serbuk kopi sikit. Pandai-pandai la adjust yer. =D

Isnin, 21 Mac 2011

Ikan Sweet Sour

Menu tengah hari nih, Namis masak lah Ikan Sweet Sour. Semalam da menuntut ilmu resepi nih dari mak Namia. ahahha. Kalau dulu-dulu mak Namia letak fries dalam resepi nih, tapi disebabkan fries da habis kena makan oleh adik-adik namia, so namia tak letak la fries nya. Senang je. Boleh la cuba buat lagi lain kali. Go Go Fighting!!!



Bahan-bahannya :
3 keping ikan merah - bersihkan
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
5 tangkai cili padi
1 biji tomato buah - dipotong empat
bunga kubis - secukupnya
sos tomato - secukupnya
sos cili - secukupnya
gula melaka - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
air - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Gaulkan ikan dengan sedikit garam sebelum digorang. Goreng sehingga kekuningan. Jangan terlalu garing ya. Ketepikan.
  2. Tumbuk bawang putih bersama-sama bawang besar dan halia. Jangan tumbuk terlalu lumat.
  3. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih, bawang besar dan halia yang sudah ditumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau.
  4. Kemudian, masukkan sedikit air. Masukkan sos tomato, sos cili dan gula melaka secukupnya. Biarkan ianya mendidih. 
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan bunga kubis, cili padi, garam dan gula. Kacau sehingga sebati dan biarkan selama 5 minit. Sebelum ikan dimasukkan kedalam kuahnya, masukkan tomato buah selama 2 - 3 minit. 
  6. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Kalau nak kuahnya lebih, masukkan sos tomato and sos cili lebih sikit. Jangan taruk air tau. Nanti kuahnya jadi cair dan tak pekat. Faham?? ahahah =D

Ahad, 20 Mac 2011

Ikan Siakap Kukus

Resepi nih da lama da buat. Ada lah satu hari tuh, terasa nak makan masakan ala-ala kat kedai. Nak gi makan betul-betul bajetnya enggak ada. ahahha. So buat sendiri la. Namia buat Siakap Kukus. Resepi nih namia ambik dari website My Resepi, Mat Gebu punya resepi. Boleh la klik sini yer.  My sis buat Lala Masak Pedas. Memang meletup ah jawabnya. Senang je buat Siakap Kukus nih. Boleh la buat lagi lain kali. Go Go Fighting!!!



Bahan-bahannya :

(a) Ikan :
1 ekor ikan siakap (ikan merah, kerapu atau ikan bawal merah pun boleh juga)
1/2 canca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung

(b) Sos :
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar limau kasturi
1 1/2 camca besar minyak masak
1 1/2 camca teh gula
1/2 camca teh garam
7 biji cili padi - dihiris
2 batang serai - dihiris
1/2 kuntum bunga kantan - dihiris
1 helai daun limau purut - dihiris
1/2 inci halia - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi


Cara Penyediaannya :
  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi panas. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Namia punya alat pengukus tak muat nak letak ikan. So Namia just letakkan ikan n sosnya kedalam periuk dan Masak atas dapur. Lebih kurang macam rebus lah. Tapi rasanya sama je. Hehehe =D

Puding Karamel

Semalam, g la pasar malam. Adik beli la Puding Karamel. Teringat la pula yang dulu my sis ada cadang nak buat puding nih. So bila da balik rumah tu, tengok2 barang dalam almari, bahan nak buat Puding karamel nih cukup lengkap. Akhirnya, plan hari nih buat lah ke Puding Karamel nih. Senang je rupanya. Go Go Fighting!!!



Bahan-bahannya :


(a) Karamel :
5 sudu besar gula
2 sudu air

(b) Puding :
10 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 tin air - sukat menggunakan tin susu cair
1 sudu besar gula

Cara Penyediaannya :

(a) Karamel :
  1. Masukkan gula dan 1 sudu air kedalam  loyang. Masak sehingga menjadi sedikit perang dan masukkan 1 sudu air lagi dan masak sehingga menjadi perang. Lenggangkan gula ketika memasaknya agar gula rata di seluruh loyang.
  2. Ketepikan.
(b) Puding :
  1. Pecahkan kesemua telur dalam bekas.
  2. Tuangkan susu cair dan air kedalamnnya. Kacau sehingga sebati.
  3. Tuangkan adunan puding itu kedalam loyang dan kukuskannya selama 10-20 minit. 
  4. Apabila sudah masak, sejukkan Puding Karamel di dalam peti ais selama 30 minit. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Kalau nak karamel dye banyak sikit, masak lah gula banyak sikit. Dapat lah banyak karamelnya. Nak pastikan sama ada puding da masak ke belum, cucuk dibahagian tengah puding dengan lidi. Sekiranya puding tidak melekat pada lidi, itu bermakna puding sudah masak. Lebih kurang macam kek kan? =D

Jumaat, 18 Februari 2011

Daging Masak Merah

Daging Masak Merah nih sedap kalau dimakan bersama-sama nasi putih or nasi minyak or nasi beryani or nasi lemak and macam-macam nasi lagi lah.. Daging Masak Merah nih juga la yang dihidang bersama-sama Nasi Telur tuh.. tapi resepi nih my sis yang buat.. namia cilok je.. ahahha malas nak buat deh x) ahahah.. resepinya pun simple je.. boleh wat sendiri kalau-kalau tiba-tiba teringin nak makan.. ahaha.. go go fighting!!!






Bahan-bahannya :

½ kg daging
3 sudu besar cili kisar (kalau pedas kurangkan)
3 sudu besar bawang besar kisar
½ sudu besar asam jawa (larutkan dalam setengah mangkuk kecil air)
1 sudu besar gula Melaka
Kicap manis/masin
Perasa (garam gula)
Minyak

Cara Penyediaannya :
  1. Potong daging nipis-nipis
  2. Letak daging dan semua bahan dalam kuali kecuali minyak,kicap & perasa.
  3. Letak kuali atas dapur api sederhana kecil. Jangan api besar keras la daging tu.
  4. Tutup kuali dan biarkan sehingga kuah agak kering.
  5. Sambil-sambil tunggu kacau juga ye.
  6. Dah agak kering masukkan minyak dan perasakan ikut selera. Tambah 1 sudu kicap.
  7. Tunggu dalam 5 minit kemudian tutup api. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Kalau nak kuah lebih sikit, boleh la letakkan air sikit. Kalau nak pekat, tak payah la bubuh air. =D

Nasi Telur Hentam

hari tuh ada la janji nak buat nasi telur before my sis balik ke Australia balik.. so wat la Nasi Telur nih yang memang tak tau caranya.. hehe.. nih pun tanye parents jugak macam mana nak buat.. ahahah.. rupa-rupanya senang jugak nak buatnya.. boleh la try ye.. go go fighting!!!



Bahan-bahannya :
2 cawan nasi
2 ketul hati lembu - dipotong halus
4 biji telur ayam
minyak - secukupnya
garam - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Masak nasi dan ketepikan.
  2. Gaulkan hati lembu dengan sedikit garam dan gorengkannya sehingga garing dalam minyak yang panas.
  3. Kemudian, gorengkan telur. (Letakkan telur di atas menapis santan dan biarkan telur jatuh melaluinya ke dalam minyak.)
  4. Akhir sekali, gaulkan nasi, hati lembu dan telur sehingga sebati dan sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Nasi Telur nih sedap kalau dinikmati bersama-sama dengan lauk yang tidak berlemak sangat seperti daging masak merah n acar. Bukan tu sahaja, Nasi Telur nih juga enak dinikmati begitu sahaja. Rasanya lebih kurang sama dengan nasi goreng. =D

Selasa, 15 Februari 2011

Kentang Goreng Berlada

hah.. yang resepi nih my sis yang buat.. hehe.. menda nih senang je.. makan gitu pun sedap jugak tau.. tapi kalau makan dengan nasi panas lagi-lagi lah sedap.. ahahha.. boleh-boleh la cuba wat yer. go go fighting!!!



Bahan-bahannya :
4 biji kentang - dipotong nipis
3 sudu besar cili boh
3 sudu besar bawang lumat
2 sudu besar gula melaka
2 sudu besar asam jawa
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya :

  1. Gaulkan kentang yang sudah dipotong dengan sedikit garam. Kemudian, gorengkannya dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang lumat dan cili boh bersama-sama asam jawa dan gula melaka sehingga menjadi kering. Letakkan garam dan gula secukupnya. Biarkan sejuk.
  3. Apabila sosnya sudah sejuk, gaulkannya bersama-sama dengan kentang yang sudah digoreng. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!

Sebagai Pengetahuan :
Boleh jugak kalau nak letak ikan bilis or tempe and kacang dalam kentang nih.. tapi namia tak suka.. so tak letak la.. hehe.. cara dye sama jer.. all da best!!

Sayur Kacang Panjang Masak Kunyit

salam... sayur nih namia selalu makan kat kedai.. rasanya best.. so hari nih namia n akak try try la buat sayur nih.. senang je rupanya.. ahahha.. boleh la cuba yer... go go fighting!!!



Bahan-bahannya :
1 ikat sayur kacang panjang - dipotong serong
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 batang lobak merah - dipotong panjang
3 biji fishball besar - dipotong panjang
serbuk kunyit - dibancuh dengan sedikit air
sos tiram - secukupnya
minyak - secukupnya
garam dan gula - secukupnya

Cara Penyediaanya :
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih. Kemudian, masukkan serbuk kunyit yang sudah di bancuh dengan sedikit air.
  2. Masukkan sayur kacang panjang dan lobak merah dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan sedikit sos tiram dan gaul rata. Akhirnya, masukkan sedikit garam dan gula dan sedia untuk diangkat. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Kalaulah tak ada fishball or tak makan fishball, boleh ganti dengan isi ayam yer. Potong kecil-kecil. =D

Gulai Kari Ayam

menu tengah hari tuk hari nih pun masuk sekali lah Gulai Kari Ayam.. memang best ah makan dengan sayur kacang panjang tuh.. tambah-tambah pula dengan kentang goreng berlada.. memang syok abis ah.. ahahaha.. tapi time mula-mula aku masak agak tak jadi ah.. sebab lupa nak letak cili boh.. ahahah.. nasib baik ada akak aku come to rescue.. =D tapi kat pos nih nak story sal Gulai Kari Ayam.. yang kentang goreng berlada n sayur kacang panjang next entry eh.. go go fighting!!!



Bahan-bahannya :
1 ekor ayam - dibersihkan
2 biji kentang - dikerat empat
1 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
5 ulas bawang putih - diketuk
2 paket santan segar
2 sudu besar rempah kari ayam - dibancuh dengan sedikit air
3 sudu besar bawang lumat
3 sudu besar cili boh
gula melaka - secukupnya
minyak - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
air - secukupnya

Cara Penyediaan :
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis sehingga naik aromanya. Kemudian, masukkan cili boh, bawang lumatdan sedikit gula melaka dan tumiskannya sehingga garing. Apabila cili boh sudah garing, masukkan pula rempah kari ayam yang sudah dibancuh dengan air kedalam dan kacau sehingga garing.
  2. Kemudian, masukkan ayam serta kentang dan gaul. Biarkan seketika. Kemudian, masukkan santan dan sedikit air. Kacau sehingga sebati. 
  3. Biarkan di atas api dan sehingga menjadi sedikit pekat dan sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!

Isnin, 14 Februari 2011

Kuih Koci

ada la sepupu ak nih duk kata yang kuih koci nih kuih orang tua.. betul ker?? ahahaha.. maybe sebab kuih nih lembik kot and tak payah guna gigi kalo nak makan.. tuh sebab la dapat nama kuih orang tua.. hehe.. maybe je la kot keh.. tuh andaian aku jek.. ahahah.. hah, kalo nak try wat kuih nih... kuih tradisional nih.. boleh la try keh.. go go fighting!!!





Bahan-bahannya:
2 cawan tepung pulut
1 cawan santan
Secubit garam
Daun pisang dilayurkan atas api (potong 12x7cm)
Minyak
1 cawan gula perang
1 sudu besar gula Melaka
2 helai daun pandan
2 cawan kelapa parut kering (pek segera je.huhu)
½ cawan air

Cara Penyediaanya:
(a) INTI
  1. Larutkan gula perang dan gula Melaka bersama air dan daun pandan.
  2. Setelah menggelegak masukkan kelapa kering dan biarkan sehingga pekat dan kering.
(b) KUIH

  1. Campurkan tepung pulut, santan dan garam. Gaul rata sehingga tak melekit ke tangan.
  2. Bentukkan bulat dan kemudian leperkan untuk di isi inti. Kemudian gentelkan dan bungkus ke dalam daun pisang yang disapu minyak.
  3. Kukus piramid-piramid kuih koci kedalam pengukus selama 15 minit. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan:
kalau lah tak reti or malas nak buat style piramid, boleh try balut guna style bantal.. senang sikit.. style bantal tuh macam yang dijual kat kedai tuh.. yang tuh style bantal lah tu.. cute gitu.. ahahha

Khamis, 3 Februari 2011

Kek Butter Chips Chocolate

da lama da tak buat kek.. rindu rasanya.. ahahaha.. so hari tu time pergi Giant ngan ayah, beli la terus bahan-bahan nak buat kek nih.. mula-mula ingat nak buat kek coklat.. tapi coklat masakan tak ada la pulak.. so tukar plan buat kek mentega chip coklat.. rasanya pun not bad.. senang je.. boleh la try.. go go fighting!!!



Bahan-bahannya:
250 gm mentega
220 gm tepung kek
1/2 sudu serbuk penaik
1 sudu esen vanila
5 biji telur
140 gm gula
chip coklat - secukupnya

Cara Penyediaannya:

  1. Pukul mentega bersama-sama esen vanila dan gula sehingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan. Pukul lagi sehingga kembang.
  3. Seterusnya, masukkan tepung dan serbuk penaik dan kacau sehingga sebati. Letakkan sebanyak mungkin chip coklat yang dikehendaki kedalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan kedalam bekas kek yang hendak dibakar dan bakarkan adunan itu selma 50 minit pada suhu 180 degree Celsius. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan:
Kalau la tak ada chip coklat kat rumah, tak payah letak pun tak pe.. boleh jadi kek butter je.. tak pun, letak la mix fruit yang da kering tu.. jadi la kek buah-buahan.. senangkan? =D

Simple Spaghetti

kat post Sotong Masak Merah tadi ada story yang malam nih makan spaghetti.. buat spaghetti nih dalam masa yang singkat kot.. tak sampai setengah jam rasanya.. nih la akibatnya lauk tak cukup and semua orang lapar.. ahahaha.. menda nih simple je kalo nak try.. boleh la yer cuba buat kat rumah.. go go fighting!!!



Bahan-bahannya:
spaghetti
sos tomato prego - tin punya sebab halal
sosej - dipotong nipis

Cara Penyediaanya:
  1. Rebuskan spaghetti selama 6 minit dan toskannya. Ketepikan.
  2. Masukkan sos tomato prego bersama-sama sosej dan biar mendidih. 
  3. Apabila sudah mendidih, tuangkan sos tomato keatas spaghetti dan sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan:
Kalo tak suka sos tomato, boleh tukar dengan sos yang dikehendaki. pastu, kalo nak lebih nutrition, boleh la letak mixed vegetable dalam sosnya.. tu pun kalo malas nak potong lobak merah la.. ahahahha.. tapi namia tak letak sebab my sis mostly tak suka makan mixed vegetable.. kalo letak membazir je.. n boleh jugak letak isi ayam or isi daging.. tapi namia tak letak sebab daging and ayam beku.. nak unfrozen kan lambat.. so tak letak la.. hehe =D

Sotong Masak Merah

hah korang.. hari nih menu tengah hari masak merah. Sotong Masak Merah.. memang favourite satu family la.. resepinya simple je.. lebih kurang dengan ayam masak merah.. ingatkan menu nih boleh la tahan sampai malam sekali.. tapi tengok-tengok tengah hari tu da habis da.. so malamnya masak spaghetti yang cepat, pantas dan efisyen.. ahahahha.. korang nak try wat recepi nih, boleh la..  go go fighting!!!



Bahan-bahannya:
6 ekor sotong - dipotong bulat
4 sudu besar bawang lumat
4 sudu besar cili boh
sedikit gula melaka
1/2 sudu sedang asam jawa - campurkan dengan sedikit air
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan sotong. Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak, garam dan gula. Panaskan diatas dapur dan biarkan ianya mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan sedikit minyak dan kacau. Biakan kuahnya sedikit kering sebelum dihidang bersama nasi putih. Selamat Mencuba!!!

Selasa, 1 Februari 2011

Ayam Masak Kicap Pelbagai Rasa

mula-mula ak ingat nak wat merah jek.. tapi bila tengok peti ais, bawang lumat dah habis da.. so tukar la plan nak buat merah tu.. jadi la kicap.. nih saja cuba-cuba wat kicap.. sebab sebelum nih tak pernah lagi.. time masak tu, rasa masin sikit.. tapi bila makan ngan nasi, okeh pulak rasanya.. ahahahha.. resepinya senang je.. boleh la cuba yak.. go go fighting!!!


Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - dibersihkan
1 biji bawang besar - dimayang
2 cm halia - dipotong nipis
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
kicap masin - secukupnya
kicap manis - secukupnya
air - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

Cara Penyediaannya:

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam sebelum digoreng. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang besar dan halia sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili boh dan tumis sehingga garing. Masukkan sedikit air sekiranya kuah terlalu pekat.
  3. Kemudian, masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap masin serta kicap manis secukupnya sehingga mendidih. Jika menginginkan kuah lebih, masukkan kicap masin dan kicap manis lebih banyak.
  4. selepas itu, masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan biarkan mendidih sebelum diangkat. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan:
Kalau kicap masin or kicap manis tak ada kat rumah, boleh gantikannya dengan kicap pekat. tapi kuantiti kicap pekat kurang sedikit dengan kicap masin or kicap manis dan lebihkan air agar kuahnya tidak telalu pekat. =D

Isnin, 31 Januari 2011

Nasi Ayam By Merah

ak ada jalan2 kt blog orang tadi.. pas tu terjumpa la resepi yang nampak sedap nih.. hehe.. rasa macam nak try jek.. go go chaiyuk!!!


Bahan-Bahannya:

Beras (4 pot)
1 ekor ayam (potong)
5-7 cm halia (mayang)
10-12 ulas bawang putih (mayang)
3 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
Limau kasturi
Salad
Tomato
Timun
Kicap cair
Gula
Garam
Air

Cara Penyediaan:

Sup
1. Letak air menutupi ayam dalam periuk (air lebih sikit tape)
2. Letak semua halia dan bawang putih.
3. Masak atas dapur sehingga gelegak dan ayam masak.
4. Perasakan dengan garam.
5. Keluarkan ayam.

Nasi
1. Basuh beras seperti biasa.
2. Letak separuh air masak, separuh air rebusan ayam+halia+bawang putih yang di masak untuk sup.
3. Titikkan 2-3 titik pewarna kuning. Gaul rata.
4. Masak nasi.

Sambal lada
Kisar lada besar, cili padi, perahan limau, gula (2 sudu) dan sedikit sup+halia+bawang putih.

Ayam
1. Gaul ayam dengan kicap cair.
2. Goreng.

Sayur
Basuh & potong.

Ohh dah siap! Hehe :)


kalo korang nak tengok blog merah, klik sini 

Sabtu, 29 Januari 2011

Kuetiau Ladna

hai korang... kalo nih namia buat kuetiau ladna for my sis.. da lama da dye nak makan tapi ak sokmo tangguh hari tuk buat.. hehe.. resepi nih ak korek dari buku saji.. tapi da ad yang ak baiki2 sikit.. sesuka hati ak jek.. =D so, pas makan tengah hari ri nih, ak pun prepare la wat kuetiau nih.. menda nih senang je.. boleh la try yek.. go go fighting!!!



Bahan-bahannya :
(untuk seorang)
150 gm kuetiau
50 gm udang basah - dibuang kulit
50 gm sotong - dipotong panjang
50 gm isi ayam - dipotong dadu
1 tangkai sayur kailan - dikerat 2 cm
1 batang lobak merah - dipotong panjang
3 batang jagung muda - dipotong panjang
25 gm kubis bunga - dipotong kecil
2 ulas bawang putih - dimayang
1/4 bawang besar - dimayang
1 tangkai cili merah - dipotong serong
1-2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
2 cawan air rebusan daging
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
minyak - secukupnya
garam, gula dan serbuk lada putih - secukupnya
air - secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan kuetiau bersama-sama dengan kicap cair selam 2-3 minit. Angkat dan masukkan kedalam pinggan hidangan.
  2. Seterusnya, panaskan sedikit lagi minyak untuk menumis bawang putih, bawang besar dan cili merah sehingga naik aromanya. Kemudian, masukkan air, sotong, udang, isi ayam, sos tiram, garam, gula dan serbuk lada hitam kedalamnya. kacau dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan kesemua sayur yang sudah dipotong dan kacau. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung bagi memekatkan lagi kuahnya. Biarkan mendidih sekali lagi sebelum api dipadam.
  4. Tuangkan kuahnya keatas kuetiau dan taburkan hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng keatasnya. Kuetiau Ladna ini juga enak dimakan bersama-sama dengan cili jeruk atau cili kicap.
Sebagai Pengetahuan:
hari nih namia masak tak letak air rebusan daging.. sebab malas nak rebus daging.. tapi rasanya lebih kurang je.. pas tu, kalo nak extra pedas sikit, letakkan lada hitam yang sudah ditumbuk kedalam kuahnya.. kalo ada extra kuah, boleh juga dimakan dengan mee kuning ataupun mee putih tu.. sama je =D

Khamis, 27 Januari 2011

Tumis Labu Air

nih menu ari nih yang ak masak.. skali ngan ikan goreng.. kesakitan di kepala agak menganggu. so menda nih je la yang dapat buat.. hehe.. so korang cuba lah yer... go go fighting!!!



Bahan-bahannya:
1 biji labu air - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong empat
15 biji lada hitam - ditumbuk lumat
keropok
air - secukupnya
garam dan gula - secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk kecuali keropok. Biarkannya di atas dapur sehingga mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan sedikit garam dan gula untuk memenuhi cita rasa.
  3. Kemudian, masukkan keropok sebelum api ditutup. Sedia untuk dihidang bersama-sama nasi putih, ikan goreng dan sambal belacan. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan:
Sos ikan atau pun budu boleh diletakkan bagi menaikkan rasanya.

Selasa, 25 Januari 2011

Beefsteak Simple

ak ingat lagi time ak kecik-kecik dulu.. nenek ak sokmo masakkan ak beefsteak.. mmg best ah kalo makan petang-petang ngan famili.. so one day, ak tanye la nenek ak macam mana nak buat beefsteak nih.. nasib baik la nenek ak masih ingat cara-cara dye.. menda nih mudah je.. orang yang da ada famili or bujang ke pun boleh wat.. sedap pun sedap.. tapi yang pasti resepi nih ak belajar dari nenek ak la.. so go go fighting!!!



Bahan-bahannya :
500 g daging lembu – dikisar halus
3 biji ubi – dipotong kecil
1 biji kuning telur
4 sudu besar tepung jagung
2 biji bawang besar – dimayang halus
1 biji bawang putih – dimayang halus
1 botol kecil kacang peas
10 biji lada hitam – ditumbuk
Minyak – untuk menumis dan menggoreng
Air – secukupnya
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:
  1. Bentukkan daging lembu kepada bentuk bulat dan celupkannya kedalam tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air dan telur kuning. Kemudian, gorengkannya dalam minyak yang panas.
  2. Ketepikan daging yang sudah digoreng.
  3. Letakkan sedikit minyak kedalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga menjadi lembut. Masukkan air.
  4. Kemudian, masukkan ubi kentang, sos tomato, lada hitam dan kicap manis kedalamnya. Tambahkan sedikit garam dan gula. Tunggu sehingga sosnya mendidih.
  5. Apabila mendidih, masukkan gading yang sudah digoreng itu kedalam sosnya.
  6. Toskan kacang peas dan bilas dengan sedikit air. Kemudian, masukkannya kedalam sos tadi.
  7. Akhir sekali, masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan lagi sos beafstik ini.
  8. Hidangkan dengan roti ketika panas. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan:
Lobak merah juga boleh diletakkan bagi menambah perisa dan warna. Namia tak letak ari tuh sebab lobak merah da habis da kat rumah nih.. hihi.. ha! Jagung kecik tuh pun boleh.. =)
Pas tu, ayah kata kalo tak jumpa tepung jagung dalam almari, boleh gantikan tepung jagung tu ngan biskut jagung. Tumbuk biskut jagung tu sampai jadi debu dan letakkannya sebelum sos beefsteak nih di angkat. mudah kan =)

Ayam Masak Merah Tradisi Keluarga

haaa.... tengok pada tajuknya je pun da tau yang resepi nih memang resepi turun temurun.. tapi yang bezanya, nenek ak letak air tapi mak ak tak letak air.. so kiranya, nenek ak punye stail banyak sikit ah kuahnya.. mak ak punye stail pekat skit.. aku wat nih ikut resepi nenek ak.. letak air.. hehehe.... bagi korang yang nak buat, ikut cita rasa hati anda la ye.. pape al pun, go go fighting!!!



Bahan-bahannya:
seekor ayam - dibersihkan
4 sudu besar cili boh
4 sudu besar bawang kisar
gula melaka - secukupnya
air- secukupnya
asam jawa - secukupnya
garam dan gula - secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam kuali dan tutup. Pastikan ayam ini ditinjau setiap 10 minit bagi memastikan ayam dan bahan-bahan dapat diserap dengan sempurna. 
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit bagi mengelakkan kuah ayam terlalu kering. Kemudian, masukkan sedikit garam dan gula. Biarkan ayam diatas api sehingga ayam menjadi empuk dan sudah sebati dengan kuah. 
  3. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama-sama nasi putih atau nasi minyak. Selamat Mencuba!!!

Jus Nenas

salam korang.. korang pernah minum air nenas tak?? baru-baru nih.. ak nak la sangat-sangat minum air nih.. dulu waktu kecik, my dad sokmo buat.. ciap bawak g skolah lagi.. ahahahha... memang nikmat! so ak tanye la ayah ak canne nak buat air nenas tuh.. da la x reti potong nenas.. alih-alih ayah ak yang potongkan.. ahahaha... cam pe jek.. bagi korang yang nak cuba, go go fighting!!!








Bahan-bahannya:
1 biji buah nenas madu - dipotong dadu
1 paket besar gula
air secukupnya
pewarna kuning
3 helai daun pandan
5 biji bunga cengkih


Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan kesemua buah nenas yang sudah dipotong bersama-sama dengan gula dan air yang mencukupi. Panaskan diatas dapur.
  2. Kemudian, masukkan daun pandan, bunga cengkih dan pewarna kuning kedalamnya. Biarkan ianya mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, biarkan seketika bagi melembutkan buah nenas sebelum api ditutup. Selamat Mencuba!!!
Peringatan:
Air Nenas ini perlu dibancuh dengan air sebelum diminum. kalo tak, alamatnya kencing manis la jawabnya.. hehe =)

Khamis, 20 Januari 2011

Mi Kari

ari tuh ada la rase nak buat mi kari.. so g la beli barang2 dye.. mi kari nih kalo nak wat kne ada kesabaran jugak.. sebab ambil masa yang agak lama la nak siap. tp resultnya.. FUH!!! mmg meletup ah.. nih wat pun sje jek nk mkn petang ngan famili.. wat nih pun dalam serba kekurangan.. ahahahah.. sawi x ada.. lengkuas x ada.. tapi rasanya lebih kurang je.. janji niat tuh.. bg korang yang nak cuba.. boleh la try yek.. resepi nih ambik dari buku saji yang berlembang kat rumah tu.. go go fighting!!!



Bahan-bahannya:
1 kg mi - dicelur
150 gm tauge - dicelur
5 tangkai sawi - dihiris nipis dan dicelur
3 tangkai cili hijau - dihiris nipis
5 biji limau kasturi - dibelah dua
6 biji telur rebus - dibelah dua
1 tangkai daun sup - dihiris nipis
1 tangkai daun bawang - dihiris nipis
bawang goreng - secukupnya


Bahan-bahan kuah:
1 ekor ayam -dipotong kecil dan dibersihkan
250 gm udang hidup - dibuang kulit
150 gm kerang - direbus dan diambil isinya
100 gm tauhu kering - dipotong dua
50 gm kek ikan - dicelur dan dihiris nipis
50 gm bebola ikan - dicelur dan dihiris nipis
6 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
2 cm lengkuas - dikisar
1 tangkai daun kari
5 biji buah keras - ditumbuk halus
2 sudu besar rempah kari daging (yang nih saya guna rempah adabi)
2 sudu besar cili boh (kalau nak lagi pedas, boleh letak 3-4 sudu)
2 mangkuk besar santan
6 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
minyak - untuk menumis
garam - secukupnya
gula - secukupnya

Cara penyediaannya :
  1. Untuk membuat kuah, panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar, daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis sehingga naik aromanya.
  2. Masukkan rempah kari, cili kisar, buah keras dan sedikit air. Kacau sehingga rata dan biarkan pecah minyak dan sehingga garing.
  3. Masukkan ayam. Kacau hingga rata dan biarkan hingga ayam empuk.
  4. Masukkan santan, kerang dan separuh daripada tauhu kering, bebola ikan, kek ikan, udang, garam dan gula. Kacau sehingga rata dan angkat apabila kuah mendidih.
  5. Untuk menghidang, masukkan mi, tauge dan sawi ke dalam mangkuk.  Taburkan hirisan tauhu, kek ikan, bebola ikan, tauhu kering dan cili hijau ke atas mi. Juga, taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. perahkan jus limau kasturi kedalamnya dan kemudian baru masukkan kuah. Lebih enak jika di nikmati dengan sambal kerang. Selamat Mencuba!!!

    Telur Bungkus

    Da lama da nak buat telur bungkus nih.. First time buat, telur bungkus nih jadi telur koyak rabak.. mak ckp sebab tlur lekat kat kuali or time nak balut telur tuh, telur panas.. 2 pasal la dye koyak.. tapi kita nih yang sedang belajar nih.. jangan la cepat ngan menyerah kalah.. go go fighting!!



    Bahan-bahan :
    3 biji telur
    3-4 ulas bawang putih (mayangkan)
    mixed vegetables
    bebola ikan (hiris nipis-nipis)
    isi ayam (secukupnya)
    sos tiram (secukupnya)
    garam (secukupnya)
    gula (secukupnya)

    Cara Memasak  :
    1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga keemasan.
    2. Masukkan isi ayam, mixed vegetables dan bebola ikan.
    3. Letakkan sedikit sos tiram, garam dan gula sehingga cukup rasa dan ketepikan.
    4. Panaskan minyak sedikit lagi dan tuangkan telur yang sudah di pecah kedalamnya.
    5. Lenggangkan pan yang digunakan bagi menebarkan keluasan telur.
    6. Biarkan telur sejuk seketika dan isikan sebatian isi ayam, mixed vegetables dan bebola ikan di bahagian tengah telur.
    7. Bungkuskan dengan penuh berhati-hati dan tuangkan sos tomato keatasnya. Selamat Mencuba! =)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...