Pengikut

Jom Tengok Jam

Those yang rajin singgah tuh, namia ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak. alang2 dah singgah tu, jangan lupa tinggalkan komen or jejak yer. N namia tak lama lagi akan masuk belajar balik, so maaf lah ya kalau update blog lambat. =D

Isnin, 31 Januari 2011

Nasi Ayam By Merah

ak ada jalan2 kt blog orang tadi.. pas tu terjumpa la resepi yang nampak sedap nih.. hehe.. rasa macam nak try jek.. go go chaiyuk!!!


Bahan-Bahannya:

Beras (4 pot)
1 ekor ayam (potong)
5-7 cm halia (mayang)
10-12 ulas bawang putih (mayang)
3 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
Limau kasturi
Salad
Tomato
Timun
Kicap cair
Gula
Garam
Air

Cara Penyediaan:

Sup
1. Letak air menutupi ayam dalam periuk (air lebih sikit tape)
2. Letak semua halia dan bawang putih.
3. Masak atas dapur sehingga gelegak dan ayam masak.
4. Perasakan dengan garam.
5. Keluarkan ayam.

Nasi
1. Basuh beras seperti biasa.
2. Letak separuh air masak, separuh air rebusan ayam+halia+bawang putih yang di masak untuk sup.
3. Titikkan 2-3 titik pewarna kuning. Gaul rata.
4. Masak nasi.

Sambal lada
Kisar lada besar, cili padi, perahan limau, gula (2 sudu) dan sedikit sup+halia+bawang putih.

Ayam
1. Gaul ayam dengan kicap cair.
2. Goreng.

Sayur
Basuh & potong.

Ohh dah siap! Hehe :)


kalo korang nak tengok blog merah, klik sini 

Sabtu, 29 Januari 2011

Kuetiau Ladna

hai korang... kalo nih namia buat kuetiau ladna for my sis.. da lama da dye nak makan tapi ak sokmo tangguh hari tuk buat.. hehe.. resepi nih ak korek dari buku saji.. tapi da ad yang ak baiki2 sikit.. sesuka hati ak jek.. =D so, pas makan tengah hari ri nih, ak pun prepare la wat kuetiau nih.. menda nih senang je.. boleh la try yek.. go go fighting!!!



Bahan-bahannya :
(untuk seorang)
150 gm kuetiau
50 gm udang basah - dibuang kulit
50 gm sotong - dipotong panjang
50 gm isi ayam - dipotong dadu
1 tangkai sayur kailan - dikerat 2 cm
1 batang lobak merah - dipotong panjang
3 batang jagung muda - dipotong panjang
25 gm kubis bunga - dipotong kecil
2 ulas bawang putih - dimayang
1/4 bawang besar - dimayang
1 tangkai cili merah - dipotong serong
1-2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
2 cawan air rebusan daging
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
minyak - secukupnya
garam, gula dan serbuk lada putih - secukupnya
air - secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan kuetiau bersama-sama dengan kicap cair selam 2-3 minit. Angkat dan masukkan kedalam pinggan hidangan.
  2. Seterusnya, panaskan sedikit lagi minyak untuk menumis bawang putih, bawang besar dan cili merah sehingga naik aromanya. Kemudian, masukkan air, sotong, udang, isi ayam, sos tiram, garam, gula dan serbuk lada hitam kedalamnya. kacau dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan kesemua sayur yang sudah dipotong dan kacau. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung bagi memekatkan lagi kuahnya. Biarkan mendidih sekali lagi sebelum api dipadam.
  4. Tuangkan kuahnya keatas kuetiau dan taburkan hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng keatasnya. Kuetiau Ladna ini juga enak dimakan bersama-sama dengan cili jeruk atau cili kicap.
Sebagai Pengetahuan:
hari nih namia masak tak letak air rebusan daging.. sebab malas nak rebus daging.. tapi rasanya lebih kurang je.. pas tu, kalo nak extra pedas sikit, letakkan lada hitam yang sudah ditumbuk kedalam kuahnya.. kalo ada extra kuah, boleh juga dimakan dengan mee kuning ataupun mee putih tu.. sama je =D

Khamis, 27 Januari 2011

Tumis Labu Air

nih menu ari nih yang ak masak.. skali ngan ikan goreng.. kesakitan di kepala agak menganggu. so menda nih je la yang dapat buat.. hehe.. so korang cuba lah yer... go go fighting!!!



Bahan-bahannya:
1 biji labu air - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong empat
15 biji lada hitam - ditumbuk lumat
keropok
air - secukupnya
garam dan gula - secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk kecuali keropok. Biarkannya di atas dapur sehingga mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan sedikit garam dan gula untuk memenuhi cita rasa.
  3. Kemudian, masukkan keropok sebelum api ditutup. Sedia untuk dihidang bersama-sama nasi putih, ikan goreng dan sambal belacan. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan:
Sos ikan atau pun budu boleh diletakkan bagi menaikkan rasanya.

Selasa, 25 Januari 2011

Beefsteak Simple

ak ingat lagi time ak kecik-kecik dulu.. nenek ak sokmo masakkan ak beefsteak.. mmg best ah kalo makan petang-petang ngan famili.. so one day, ak tanye la nenek ak macam mana nak buat beefsteak nih.. nasib baik la nenek ak masih ingat cara-cara dye.. menda nih mudah je.. orang yang da ada famili or bujang ke pun boleh wat.. sedap pun sedap.. tapi yang pasti resepi nih ak belajar dari nenek ak la.. so go go fighting!!!



Bahan-bahannya :
500 g daging lembu – dikisar halus
3 biji ubi – dipotong kecil
1 biji kuning telur
4 sudu besar tepung jagung
2 biji bawang besar – dimayang halus
1 biji bawang putih – dimayang halus
1 botol kecil kacang peas
10 biji lada hitam – ditumbuk
Minyak – untuk menumis dan menggoreng
Air – secukupnya
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:
  1. Bentukkan daging lembu kepada bentuk bulat dan celupkannya kedalam tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air dan telur kuning. Kemudian, gorengkannya dalam minyak yang panas.
  2. Ketepikan daging yang sudah digoreng.
  3. Letakkan sedikit minyak kedalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga menjadi lembut. Masukkan air.
  4. Kemudian, masukkan ubi kentang, sos tomato, lada hitam dan kicap manis kedalamnya. Tambahkan sedikit garam dan gula. Tunggu sehingga sosnya mendidih.
  5. Apabila mendidih, masukkan gading yang sudah digoreng itu kedalam sosnya.
  6. Toskan kacang peas dan bilas dengan sedikit air. Kemudian, masukkannya kedalam sos tadi.
  7. Akhir sekali, masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan lagi sos beafstik ini.
  8. Hidangkan dengan roti ketika panas. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan:
Lobak merah juga boleh diletakkan bagi menambah perisa dan warna. Namia tak letak ari tuh sebab lobak merah da habis da kat rumah nih.. hihi.. ha! Jagung kecik tuh pun boleh.. =)
Pas tu, ayah kata kalo tak jumpa tepung jagung dalam almari, boleh gantikan tepung jagung tu ngan biskut jagung. Tumbuk biskut jagung tu sampai jadi debu dan letakkannya sebelum sos beefsteak nih di angkat. mudah kan =)

Ayam Masak Merah Tradisi Keluarga

haaa.... tengok pada tajuknya je pun da tau yang resepi nih memang resepi turun temurun.. tapi yang bezanya, nenek ak letak air tapi mak ak tak letak air.. so kiranya, nenek ak punye stail banyak sikit ah kuahnya.. mak ak punye stail pekat skit.. aku wat nih ikut resepi nenek ak.. letak air.. hehehe.... bagi korang yang nak buat, ikut cita rasa hati anda la ye.. pape al pun, go go fighting!!!



Bahan-bahannya:
seekor ayam - dibersihkan
4 sudu besar cili boh
4 sudu besar bawang kisar
gula melaka - secukupnya
air- secukupnya
asam jawa - secukupnya
garam dan gula - secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam kuali dan tutup. Pastikan ayam ini ditinjau setiap 10 minit bagi memastikan ayam dan bahan-bahan dapat diserap dengan sempurna. 
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit bagi mengelakkan kuah ayam terlalu kering. Kemudian, masukkan sedikit garam dan gula. Biarkan ayam diatas api sehingga ayam menjadi empuk dan sudah sebati dengan kuah. 
  3. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama-sama nasi putih atau nasi minyak. Selamat Mencuba!!!

Jus Nenas

salam korang.. korang pernah minum air nenas tak?? baru-baru nih.. ak nak la sangat-sangat minum air nih.. dulu waktu kecik, my dad sokmo buat.. ciap bawak g skolah lagi.. ahahahha... memang nikmat! so ak tanye la ayah ak canne nak buat air nenas tuh.. da la x reti potong nenas.. alih-alih ayah ak yang potongkan.. ahahaha... cam pe jek.. bagi korang yang nak cuba, go go fighting!!!








Bahan-bahannya:
1 biji buah nenas madu - dipotong dadu
1 paket besar gula
air secukupnya
pewarna kuning
3 helai daun pandan
5 biji bunga cengkih


Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan kesemua buah nenas yang sudah dipotong bersama-sama dengan gula dan air yang mencukupi. Panaskan diatas dapur.
  2. Kemudian, masukkan daun pandan, bunga cengkih dan pewarna kuning kedalamnya. Biarkan ianya mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, biarkan seketika bagi melembutkan buah nenas sebelum api ditutup. Selamat Mencuba!!!
Peringatan:
Air Nenas ini perlu dibancuh dengan air sebelum diminum. kalo tak, alamatnya kencing manis la jawabnya.. hehe =)

Khamis, 20 Januari 2011

Mi Kari

ari tuh ada la rase nak buat mi kari.. so g la beli barang2 dye.. mi kari nih kalo nak wat kne ada kesabaran jugak.. sebab ambil masa yang agak lama la nak siap. tp resultnya.. FUH!!! mmg meletup ah.. nih wat pun sje jek nk mkn petang ngan famili.. wat nih pun dalam serba kekurangan.. ahahahah.. sawi x ada.. lengkuas x ada.. tapi rasanya lebih kurang je.. janji niat tuh.. bg korang yang nak cuba.. boleh la try yek.. resepi nih ambik dari buku saji yang berlembang kat rumah tu.. go go fighting!!!



Bahan-bahannya:
1 kg mi - dicelur
150 gm tauge - dicelur
5 tangkai sawi - dihiris nipis dan dicelur
3 tangkai cili hijau - dihiris nipis
5 biji limau kasturi - dibelah dua
6 biji telur rebus - dibelah dua
1 tangkai daun sup - dihiris nipis
1 tangkai daun bawang - dihiris nipis
bawang goreng - secukupnya


Bahan-bahan kuah:
1 ekor ayam -dipotong kecil dan dibersihkan
250 gm udang hidup - dibuang kulit
150 gm kerang - direbus dan diambil isinya
100 gm tauhu kering - dipotong dua
50 gm kek ikan - dicelur dan dihiris nipis
50 gm bebola ikan - dicelur dan dihiris nipis
6 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
2 cm lengkuas - dikisar
1 tangkai daun kari
5 biji buah keras - ditumbuk halus
2 sudu besar rempah kari daging (yang nih saya guna rempah adabi)
2 sudu besar cili boh (kalau nak lagi pedas, boleh letak 3-4 sudu)
2 mangkuk besar santan
6 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
minyak - untuk menumis
garam - secukupnya
gula - secukupnya

Cara penyediaannya :
  1. Untuk membuat kuah, panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar, daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis sehingga naik aromanya.
  2. Masukkan rempah kari, cili kisar, buah keras dan sedikit air. Kacau sehingga rata dan biarkan pecah minyak dan sehingga garing.
  3. Masukkan ayam. Kacau hingga rata dan biarkan hingga ayam empuk.
  4. Masukkan santan, kerang dan separuh daripada tauhu kering, bebola ikan, kek ikan, udang, garam dan gula. Kacau sehingga rata dan angkat apabila kuah mendidih.
  5. Untuk menghidang, masukkan mi, tauge dan sawi ke dalam mangkuk.  Taburkan hirisan tauhu, kek ikan, bebola ikan, tauhu kering dan cili hijau ke atas mi. Juga, taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. perahkan jus limau kasturi kedalamnya dan kemudian baru masukkan kuah. Lebih enak jika di nikmati dengan sambal kerang. Selamat Mencuba!!!

    Telur Bungkus

    Da lama da nak buat telur bungkus nih.. First time buat, telur bungkus nih jadi telur koyak rabak.. mak ckp sebab tlur lekat kat kuali or time nak balut telur tuh, telur panas.. 2 pasal la dye koyak.. tapi kita nih yang sedang belajar nih.. jangan la cepat ngan menyerah kalah.. go go fighting!!



    Bahan-bahan :
    3 biji telur
    3-4 ulas bawang putih (mayangkan)
    mixed vegetables
    bebola ikan (hiris nipis-nipis)
    isi ayam (secukupnya)
    sos tiram (secukupnya)
    garam (secukupnya)
    gula (secukupnya)

    Cara Memasak  :
    1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga keemasan.
    2. Masukkan isi ayam, mixed vegetables dan bebola ikan.
    3. Letakkan sedikit sos tiram, garam dan gula sehingga cukup rasa dan ketepikan.
    4. Panaskan minyak sedikit lagi dan tuangkan telur yang sudah di pecah kedalamnya.
    5. Lenggangkan pan yang digunakan bagi menebarkan keluasan telur.
    6. Biarkan telur sejuk seketika dan isikan sebatian isi ayam, mixed vegetables dan bebola ikan di bahagian tengah telur.
    7. Bungkuskan dengan penuh berhati-hati dan tuangkan sos tomato keatasnya. Selamat Mencuba! =)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...