Pengikut

Jom Tengok Jam

Those yang rajin singgah tuh, namia ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak. alang2 dah singgah tu, jangan lupa tinggalkan komen or jejak yer. N namia tak lama lagi akan masuk belajar balik, so maaf lah ya kalau update blog lambat. =D

Selasa, 23 Julai 2013

Nekbat

salam ramadhan semua! puasa tak hari ni? HA!!! ahaha. :D untuk dessert kali ni, namia buat NEKBAT. senang aje rupanya. senang n simple. time makan pun sedap n menyelerakan tau! :D rezeki time papa namia pergi pasar jumpa nekbat kering. so, dapatlah nak buat resepi ni. nekbat ni memang sedaplah kalau makan time sejuk. nikmat~! apa lagi, cuba lah buat. Aja-aja Fighting!!!


Bahan-bahannya :
40 biji nekbat kering
10 sudu besar gula
3 helai daun pandan
air - secukupnya

Cara Penyediaannya :
  1. Letak air dalam bekas secukupnya dengan daun pandan yang dikerat pendek. Panaskan diatas dapur sehingga air mendidih.
  2. Larutkan gula kedalam air yang mendidih tadi. Kacau sehingga gula larut.
  3. Kecilkan api dan masukkan nekbat kering kedalam air. Jangan kacau-kacau sangat, nanti nekbat hancur. Biarkan nekbat kembang dan padamkan api.
  4. Biarkan sehingga bekas sejuk seketika. Kemudian, masukkan bekas yang berisi nekbat tadi kedalam peti sejuk. Sedia untuk dihidang selepas nekbat sejuk. Selamat Mencuba!!!

Sebagai Pengetahuan :
Kalau pergi pasar, time nak beli nekbat, pastikan nekbat tu, nekbat beras, bukan gandum. Bukan sebab apa, kalau beli yang gandum punya, nekbat tuk cepat hancur berbanding beras. Tau! ;)

Isnin, 22 Julai 2013

Home made Ice-cream

Sejak harga barang yang naik tak sudah-sudah ni kan, semua benda kalau boleh buat sendiri, buat. nak jimat kos lah katakan. sama juga lah kes dengan ais krim ni. alang-alang dah terjumpa resepi buat ais krim sendiri, mestilah nak cubakan. sebenarnya namia jumpa resepi ni kat facebook. tapi godek-godek balik, tak jumpa pula resepi tu. last-last google je. jumpa lah kat blog Cik Epal ni. kalau nk tengok resepi asal, boleh la klik sini atau terus ke blog Cik Epal. Cik Epal, tumpang kongsi ya. =) Gambate!!!



Bahan - bahannya :
(a) Bahan asas :
1 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu besar ovalett
1 sudu kecil esen vanila

(b) Bahan perisa :
3 biji mangga - dibuang biji

Cara Penyediaannya :

  1. Menggunakan stand mixer, kacau bahan asas sehingga pekat dan ala-ala berkrim ( 15 - 20 minit ).
  2. Masukkan isi mangga dan blend lagi sehingga isi mangga hancur dan sebati dengan bahan asas.
  3. Masukkan kedalam bekas untuk diseimpan kedalam peti ais. Sejuk bekukan dan siaplah ais-krim buatan sendiri. Selamat Mencuba!!!

Sebagai Pengetahuan :
Untuk yang bahan perisa, kalau just nak letak serbuk koko or perisa strawberry emulco, just kacau je guna sudu, tak payah nak mixed gunamixer. hehe. 


Ahad, 21 Julai 2013

Cheese Pudding

Salam ramadhan semua. hari ni puasa tak? maaf lah ye. sekarang ni namia baru ada kesempatan untuk update blog ni. sebelum ni busy kat um. study lah, event kolej lah, event fakulti lah. busy mengalahkan perdana menteri! oopsss. ahaha. so, tuk entry kali ni, namia buat resepi yang simple je. dessert untuk berbuka puasa nanti. menu barat tau. CHEESE PUDDING! senang je. tak percaya? jom buat! Aja-aja Fighting!!!



Bahan - bahannya :
100 g biskut keju - dihancur lumat
10 g paket agar-agar
1000 ml air
1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard
3 biji telur
4 sudu besar mentega

Cara Penyediaannya :

  1. Larutkan agar-agar dengan air diatas api sederhana. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
  2. Di bekas yang lain, campurkan biskut, susu cair, susu pekat, tepung kastard dan telur. Gaul sebati. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang digaul itu kedalam larutan agar-agar yang berada diatas dapur. 
  3. Kacau perlahan sehingga agar-agar mendidih. Tutup api dan masukkan mentega. Kacau sebati.
  4. Tuangkan agar-agar kedalam bekas adunan. 
  5. Sejukkan dan simpan didalam peti sejuk. Sedia untuk dihidang apabila pudding sudah keras. Selamat Mencuba!!!

Isnin, 28 Januari 2013

Mihun Singapore

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi tadi, namia breakfast dengan menu Mihun Singapore. Rupa-rupanya, senang je nak buat menu ni. campak-campak, siap. Ahahah. Kebiasaannya namia makan mihun ni kat kolej sebab namia ambil pakej makanan. So, kebiasaannya, every 2 week, mak cik tukang masak kolej akan masak menu ni tuk saarapan. Ni, bila dah balik rumah, terasa la pula nak makan. Last-last, namia godek sendiri resepi ni. hehe. Senang n simple. So, for those yang tak pernah masak, boleh la try resepi namia yang campak-campak nih. Ahaha. Aja-aja Fighting!!!


Bahan-bahannya :
2 keping mihun - direndam
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk lumat
1 biji telur
1 ulas bawang putih - dimayang
1 tangkai sawi - dipotong nipis
isi ayam - secukupnya
mixed vegetables - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
air - secukupnya
minyak - secukupnya.

Cara Penyediaannya : 

  1. Toskan mihun yang telas direndam tadi dan basuhkan sehingga bersih. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ala-ala scrambled egg. Ketepikan telur.
  3. Kemudian, panaskan sedikit minyak lagi dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan telur, sawi, mixed vegetables, ayam dan lada hitam.
  4. Seterusnya, masukkan sedikit air ( hanya tuk layukan sawi dan bagi berkuah sedikit. sikit je tau ). Apabila air yang dimasukkan sudah mendidih, masukkan gula dan garam secukupnya.
  5. Kecilkan api dan masukkan mihun yang sudah ditos tadi. Gaul rata dan sedia dihidang bersama Teh O. Selamat Mencuba !!!
Sebagai Pengatahuan :
In case tak suka makan ayam or, tiba-tiba rasa nak tukar ayam tu kepada daging, boleh je. potong lah kecil-kecil daging tu. and, kalau nak letak seafood seperti udang or sotong, pun boleh. menu ni, boleh campak je semua menda. insya allah, menjadi juga. ahahha. apa-apa pun, jangan lupa try tau. =D

Ahad, 27 Januari 2013

Ikan Bakar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. dah lamakan kita tak bersua. almaklumlah, namia pun busy kat um tu. study lah katakan. result final exam pun dah keluar. Alhamdulillah. walaupun tak lah secantik mana tapi, namia tetap bersyukut sekurang-kurangnya result namia tu tak lah teruk sangat. dah lebih daripada apa yang namia jangkakan. post kali ni bukan berkisar pasal result namia. tapi kali ni, buat yang pertama kalinya pada tahun 2013, namia nak share lah satu resepi. Ikan Bakar ! lepas ni, tak payah dah susah-susah nak cari kat mana jual ikan bakar yang sedap-sedap, boleh je masak sendiri. save bajet, save minyak kereta. ahahah :p. ni mama namia yang ajar. kalau nak tengok resepi asal, boleh lah klik sini or terus ke blog teratai okeh. Aja-aja Fighting!!!


Bahan-bahannya :
(a) Rempah
5 sudu besar cili boh
4 sudu besar bawang lumat
8 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit / 1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
1 tangkai lada merah
6 tangkai cili padi
2 sudu air asam jawa
3 sudu besar kicap manis
4 helai daun limau purut - dipotong nipis
2 gelas air
limau kasturi - secukupnya
belacan - secukupnya
gula melaka - secukupnya
garam dan gula - secukupnya
minyak - secukupnya

(b) Ikan
2 keping ikan pari - dikelar dan dicuci bersih

Cara Penyediaannya :
(a) Rempah

  1. KIsar bawang lumat, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, serai, lada merah dan cili padi sehingga lumat dan sebati. 
  2. Panaskan sedikit minyak didalam kuali untuk menumis. Masukkan cili boh dan bahan kisar. Tumis sehingga garing. 
  3. Apabila bahan tumis sudah mula garing, masukkan air sedikit demi sedikit dan tumiskan sehingga minyak pecah.
  4. Kemudian, masukkan belacan, kicap manis dan air asam jawa kedalamnya. Kacau sehingga sebati. Seterusnya, masukkan gula melaka, garam dan gula sehingga cukup rasa. Tumis lagi sehingga rempah menjadi sedikit garing dan pekat.
  5. Kemudian, masukkan sedikit air lagi dan tumis lagi. Masakkan dengan api sederhana supaya rempah menjadi pekat. Apabila rempah sudah mulai pekat, masukkan daun limau purut. Gaul sebentar sehingga rempah masak dan pekat. 
  6. Tutup api dan boleh ke langkah seterusnya, membakar ikan. 
(b) Ikan
  1. Bakar ikan didalam pan ( tanpa minyak ).
  2. Bakar sehingga separuh masak.
  3. Kecilkan api dan sapukan rempah yang sudah disediakan sebelumnya. Gaul rata. Ulang sehingga ikan masak beserta rempahnya.
  4. sedia untuk dihidang dengan limau kasturi. Selamat Mencuba !!!

Sebagai Pengetahuan :
Rempah yang dibuat tu, kebiasaannya lebih untuk 2 keping ikan pari. So, boleh la simpan dan guna lagi for the next ikan. And andai kata tak suka kat ikan pari ( kecian dia ), boleh la tukar ke another ikan yang korang suka. senang n simple. just leceh sikit kat part rempah tu la. tapi, berbaloi tau. sebab, sedapnya sehingga menjilat tulang ikan! ahahah :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...