Pengikut

Jom Tengok Jam

Those yang rajin singgah tuh, namia ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak. alang2 dah singgah tu, jangan lupa tinggalkan komen or jejak yer. N namia tak lama lagi akan masuk belajar balik, so maaf lah ya kalau update blog lambat. =D

Sabtu, 8 September 2012

Puding Oreo Bercoklat

Salam. Ha! kali ni punya entry pun namia cilok dari website secubit garam a.k.a Kak Nor. Kita share-share rresepi kat sini eh Kak Nor. hehe. saja je lah namia nak try menu baru. sekali sekala ubah cita rasakan. :D sebenarnya mama namia lah yang duk mengushar resepi nih. alih-alih namia yang dok buat puding nih. rasa puding nih sungguh marvelous! terutama kat part oreo tuh. memang meletup tau!. so, kalau tak cuba resepi nih memang rugi sangat-sangat lah sebab senang je nak buat nih. Go Go Fighting!!!



Bahan-bahannya :
1 bungkus serbuk agar-agar
1 tin susu cair (400 ml)
750 ml air
3/4 cawan milo
140 g gula
1 bungkus biskut oreo (137 g) - dipatahkan

Cara Penyediaanya :

  1. Panaskan agar-agar bersama-sama air sehingga agar-agar larut. Kemudian, masukkan gula dan biarkan sehingga gula larut. Seterusnya, masukkan susu cair sehingga mendidih.
  2. Bahagikan agar-agar kepada 2 periuk. Kemudian, masukkan milo kedalam salah satu periuk. Kacau sehingga milo sebati dengan agar-agar.
  3. Kemudian, tuangkan satu cawan agar-agar campuran milo kedalam acuan. Biarkan permukaannya keras sedikit.
  4. Selepas itu, tuangkan kesemua agar-agar original (yang tidak bercampur dengan milo) diatasnya. Taburkan biskut oreo kedalamnya.
  5. Biarkan lapisan kedua sedikit sejuk sebelum menuangkan lebihan agar-agar campuran milo keatasnya.
  6. Biarkan membeku disuhu bilik sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk. Enak dinikmati ketika agar-agar sejuk. Selamat Mencuba!!!
Sebagai Pengetahuan :
Time nak tunggu agar-agar tuh keras, agar-agar yang ada kat atas dapur tuh pastikan dikacau sentiasa agar tidak menjadi agar-agar didalam periuk. And, kecilkan sedikit api supaya agar-agar tidak melimpah keluar. Kalau ada yang tak suka ke milo tuh, boleh lah tukar ke koko. tapi kurangkan sedikit kuantitinya sebab koko lagi pahit dari milo. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...