Pengikut

Jom Tengok Jam

Those yang rajin singgah tuh, namia ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak. alang2 dah singgah tu, jangan lupa tinggalkan komen or jejak yer. N namia tak lama lagi akan masuk belajar balik, so maaf lah ya kalau update blog lambat. =D

Jumaat, 8 Mei 2015

Misi Kurus Sebelum Raya

Assalammualaikum. Tengok title je pun dah over. Ahaha. Namia dah lama tak update blog masak-masak ni. Ni semua sebab namia dah masuk study, duduk kat kolej. So, tak ada dapur nak masak. Kalau ada pun, kat cafe. Tapi, mana boleh masak sendiri. Macam biasalah life student yang stay kolej. Makanan kena order & beli sentiasa. 

Disebabkan stress, seronok sangat tak payah masak sendiri, badan pun macam kena pam-pam. Bulat mak ai! Baju dulu-dulu time slim dah tak dapat pakai dah. Sobs sobs.

Jadi, namia ambil langkah untuk diet. Kenapa diet? Sebab namia memang anti dengan ubat kurus, losyen kurus & seangkatan dengannya. Kenapa? Sebab namia takut naik jerawat di muka namia yang licin gebu ni. Ahahaha. Ok, over. Tak lah, sebab namia takut bahan chemical yang ada beri negative effect kalau consume. Lagi satu, dari membazir duit beli ubat kurus, losyen kurus, baik namia simpan untuk travel. Yeah!

Kenapa diet? Sebab namia rasa, untuk perbetulkan balik keadaan namia yang makan tak tentu arah ni, asal jumpa makanan je, makan, namia decide untuk ikut diet Atkin. Kenapa Atkin? Sebab ini diet untuk orang yang malas bersenam. Malas macam mana tu? Malas untuk jogging. Ahaha. Namia memang paling tak suka jogging. Tak tahu lah kenapa, tapi memang tak suka lah. Kalau setakat lompat bintang tu, boleh layan lagi. Tapi kalau jogging tu, memang namia x boleh layan. 

Atkin ni apa? Diet Atkin ni ada 4 fasa semua sekali. Fasa 1, orang panggil induction. Time Fasa 1 ni, hanya 20g carbo je boleh consume. Lepas tu, say NO tu nasi, roti, segala jenis mee, spagetti & seangkatan dengannya. Gula pun tak boleh dalam diet Atkin ni. Disebabkan gula tak boleh, boleh ambil stevia, pemanis semula jadi. Baik untuk kesihatan sebab stevia ni pemanis semula jadi. Jadi, tak ada bahan chemical yang tak baik untuk kesihatan. Kenapa tak boleh makan nasi, mee, dan seangkatan dengannya? Sebab 1 pinggan nasi je dah hampir 70g carbo. Fasa 1 kan boleh consume 20g carbo je. Sobs sobs.

Apa yang boleh makan untuk Fasa 1? Segala jenis protein seperti telur, ayam, daging. Segala jenis sayur, TAPI ada sesetengah sayur kena sukat macam kacang panjang, bendi sebab sayur jenis ni tinggi carbo. Cheese tapi limitkan 3 keping sehari, Banyak lagi lah. Malas nak cerita panjang. Ahaha.

Fasa 2 dah boleh ambil extra 5 - 10g carbs sehari. Dah boleh makan kekacang, buah-buahan berry seperti strawberry. Fasa 3 dah boleh consume pertambahan sebanyak 15-30g carbo sehari. Time ni lah kita kena trial & error badan kita boleh consume banyak mana sehari. Untuk Fasa 4, fasa maintain. Bukan fasa untuk terkam semua jenis makanan didunia ini. Ahahaha. Macam mana nak tahu bila boleh alih fasa? Bila kita dah hampir 5kg nak ke berat ideal, dah boleh consume Fasa 2. Dah hampir 2kg ke berat ideal, dah boleh ke Fasa 3. Kalau dah dapat berat badan ideal, boleh ke Fasa 4. 

Namia sekarang ni tengah duk reinduction balik. Sebab terbabas time cuti 1 Mei lepas. Balik rumah di balun mee rebus mak masak. Mana tak kantoi. But, still alhamdulillah berat still turun. Sikit lagi nak capat target. Lepas 2 minggu boleh terus ke Fasa 2 sebab namia memang dah di Fasa 2 sebelum cheat haritu. Ahaha. Yang seronok diet ni, makanlah sebanyak mana kita suka as long as jangan lebih bilangan carbo yang ditetapkan. Siapa kata orang diet ni makan tak sedap? Salah tu. 


Gambar dari En. Google.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...